nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perisytiharan darurat tidak boleh dicabar

13 JAN: Perisytiharan darurat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak boleh dicabar mengikut perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, perisytiharan darurat itu menyebabkan undang-undang biasa boleh tergantung dan kuasa eksekutif terpahat kepada Seri Paduka.

“Yang di-Pertuan Agong boleh membuat ordinan yang pada hemat baginda perlu dibuat dan dimasyhurkan (Perkara 150(2B). Ordinan tersebut menjadi undang-undang yang baik (good law) walaupun terdapat ketidakpatuhan prosedur (Perkara 150(2C)).

ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
ZAINUL RIJAL ABU BAKAR

“Kuasa eksekutif bagi Persekutuan pula dilanjutkan kepada kuasa-kuasa yang dimiliki negeri (Perkara 150(4)) dimana tiada undang-undang boleh diisytiharkan tidak sah kerana bercanggah dengan Perlembagaan (Perkara 150(6)).

“Walau bagaimanapun lanjutan kuasa ini tidak boleh terpakai berkaitan dengan undang-undang Islam dan adat Melayu (Perkara 150(6A)),” katanya menerusi kenyataan dalam laman Facebook miliknya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.

Zainul Rijal memberitahu, Perlembagaan Persekutuan tergantung dan kuasa eksekutif berpusat kepada Persekutuan.

“Tentera juga boleh memainkan peranan bagi mengekalkan keamanan dalam negara,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.