nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kelantan negeri ketujuh dikenakan PKP

15 JAN: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh Kelantan mulai 16 hingga 26 Januari ini berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19.

Kelantan merupakan negeri ketujuh dikenakan PKP selepas Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah, Johor, Pulau Pinang, Melaka yang bermula 13 Januari lalu.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Ismail Sabri Yaakob
ISMAIL SABRI YAAKOB

Menurut beliau, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKP Bersyarat (PKPB) di Kelantan bermula 13 sehingga 26 Januari 2021.

“Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan berlaku peningkatan kes secara mendadak yang melibatkan kluster dalam komuniti di seluruh negeri ketika ini.

“Sehingga 14 Januari 2021, secara kumulatif sebanyak 1,649 kes positif telah direkodkan di negeri ini,” katanya.

Ismail Sabri menambah, sejak 10 Januari lalu, purata kes harian meningkat antara 80 hingga 100 kes sehari manakala jumlah kes aktif turut meningkat mendadak dalam tempoh 14 hari dari 328 kepada 891 kes.

Beliau memberitahu, Kementerian Kesihatan turut mengesahkan 90 peratus daerah di Kelantan kini dalam zon merah dan jingga.

Tujuh daerah zon merah iaitu Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Gua Musang, Machang, Kuala Krai, Tanah Merah; dua daerah zon kuning iaitu Pasir Puteh, Pasir Mas dan satu daerah zon jingga iaitu Jeli.

Turut dikuatkuasakan PKP adalah Sibu, Sarawak yang bermula pada 16 hingga 29 Januari ini.

Ismail Sabri berkata, sejak 31 Disember 2020 sehingga 13 Januari 2021, Kementerian Kesihatan mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di Sibu dalam tempoh 14 hari iaitu daripada dua kepada 251 kes.

Beliau menjelaskan, kebanyakan kes adalah dari Kluster Pasai yang merekodkan sebanyak 394 kes daripada jumlah kes secara keseluruhan.

“Kluster ini melibatkan 18 buah rumah Panjang yang bertaburan di seluruh Bahagian Sibu,” katanya sambil menambah, PKP akan melibatkan ketiga-tiga daerah di Bahagian Sibu iaitu Daerah Sibu, Daerah Selangau dan Daerah Kanowit.

SOP PKP di Kelantan adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan butiran terperinci boleh dirujuk dalam laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN). – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.