nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MKN syor kompaun langgar SOP naik RM100,000

21 JAN: Mana-mana pihak terutamanya syarikat boleh dikenakan kompaun maksimum RM100,000 sekiranya syor Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diluluskan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas MKN telah meminta Pejabat Peguam Negara melihat syor tersebut memandangkan ramai yang menganggap kompaun RM1,000 yang dikenakan sekarang adalah terlalu rendah bagi syarikat perniagaan.

Menurut beliau, sidang khas MKN turut mencadangkan agar hukuman penjara bagi kesalahan tersebut di bawah Akta 342 dipanjangkan lagi.

ismail sabri yaakob
ISMAIL SABRI YAAKOB

“Sebab itulah kesalahan ingkar SOP kita selalu sebut, seperti kelab malam, pusat hiburan, perniagaan yang beroperasi lebih masa dan sebagainya kerana bagi syarikat-syarikat ini, RM1,000 adalah terlalu rendah.

“Kita pernah memberi kompaun satu syarikat yang melanggar SOP yang menyebabkan pekerja kilang mereka ramai yang didapati positif sehingga kita tutup kilang tersebut dan ramai rakyat yang marah kepada kita kerana denda hanya RM1,000.

“Tetapi ini tidak dapat dielakkan kerana Akta 342 telah pun menetapkan denda RM1,000 sahaja,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Ismail Sabri memberitahu, kerajaan boleh menggubal ordinan berkaitan usaha memerangi COVID-19 dalam tempoh darurat yang dikuatkuasakan sekarang.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan waktu operasi restoran, kedai dan gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera dan pusat penjaja, gerai makan tepi jalan dan kiosk antara jam 6.00 pagi sehingga 10.00 malam bermula esok.

Tambah Ismail Sabri, lanjutan waktu operasi itu juga terpakai kepada perkhidmatan penghantaran makanan.

“Aktiviti penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja,” jelasnya.

Berhubung tindakan penguatkuasaan, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 577 individu atas kesalahan ingkar SOP semalam dan daripada jumlah itu, seramai 545 orang dikenakan kompaun dan 32 orang direman.

“Antara kesalahan ingkar SOP dilakukan ialah tidak memakai pelitup muka (190), tiada penjarakan fizikal (112), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (81), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (75), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (62) dan lain-lain (57),” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, pasukan keselamatan berjaya menahan seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas lima kenderaan darat dalam Op Benteng semalam. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.