nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Johor atasi Selangor kes harian COVID-19

27 JAN: Negeri Johor hari ini melaporkan kes harian tertinggi sebanyak 1,069 kes mengatasi negeri Selangor yang melaporkan kes harian baharu sebanyak 822 kes, demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media harian COVID-19 hari ini.

Dr. Noor Hisham juga memaklumkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengesan sebanyak 3,680 kes harian baharu menjadikan jumlah kes keseluruhan di Malaysia sebanyak 194, 114 kes setakat hari ini.

Menurut beliau, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah jumlah kes aktif dan kebolehjangkitan sebanyak 42,389 kes.

“Johor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,069 kes (29.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 961 kes (89.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ia diikuti oleh Selangor sebanyak 822 kes (22.3 peratus), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 698 kes (19.0 peratus).

“Sebanyak 64 kes (1.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (33 kes), Kluster Tembok Renggam (16 kes), Kluster Damai Pelangi (9 kes), Kluster DTI Sepang (2 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (2 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes), dan Penjara Jalan Sungai Jelok (1 kes).

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 3, 674 kes,”ujarnya.

Beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan tujuh kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 707 kes iaitu 0.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memberitahu, sebanyak terdapat 1,858 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih COVID-19 di negara ini sebanyak 151,108 kes atau 77.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tambah beliau, sehingga kini, terdapat 314 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 122 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.