nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KDNK sebenar Malaysia dijangka pulih 6.0 peratus

28 JAN : Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan pulih semula sebanyak enam peratus pada 2021 selepas penguncupan yang mendadak pada tahun lepas kata Moody’s Investors Service berhubung perkembangan ekonomi negara tahun ini.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Moody’s berkata, sebahagiannya akan didorong oleh kesan asas, selain pakej fiskal kerajaan termasuk sokongan berterusan untuk gaji, perbelanjaan infrastruktur awam dan insentif pelaburan swasta, akan menyokong permintaan domestik.

“Ekonomi Malaysia yang pelbagai dan berdaya saing, digabungkan dengan demografi sokongannya, akan terus mendorong potensi pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh berbanding saingannya di rantau ini.

“Pada masa yang sama, institusi penggubalan dasar makroekonomi adalah berwibawa dan berkesan. Faktor-faktor ini menyumbang kepada daya tahan ekonomi Malaysia serta menyokong kapasiti menanggung hutang ekonomi,”jelasnya.

Moody’s bagaimanapun menyatakan bahawa gelombang pandemik yang berterusan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) baru-baru ini akan menimbulkan risiko kelemahan kepada pertumbuhan 2021, walaupun kerajaan telah membenarkan lebih daripada 90 peratus sektor ekonomi untuk terus beroperasi di bawah prosedur yang ketat.

Bagaimanapun, selepas 2021, Moody’s menjangkakan ekonomi Malaysia akan berkembang kukuh dengan purata lima hingga 5.5 peratus berbanding 2022- 2023, lebih tinggi daripada median sebanyak 3.4 peratus dalam tempoh yang sama oleh negara saingannya.

“Ini dengan anggapan bahawa kerajaan secara berkesan dapat membendung penularan virus dan pada masa yang sama, mengimbangi keutamaan kesihatan dan ekonominya,” kata agensi penarafan kredit itu sambil menambah daya saing ekonomi dan kepelbagaian eksport juga akan menyokong potensi pertumbuhan negara yang mantap.

Menurut Moody’s, penarafan Malaysia untuk kualiti infrastruktur, pendidikan tinggi dan latihan, kecekapan pasaran buruh termasuk produk serta penggunaan teknologi berdasarkan kaji selidik antarabangsa adalah yang tertinggi di kalangan pasaran baru muncul serantau.

Manakala, ekonominya yang kompleks mencerminkan keamatan pengetahuan eksport produk turut melangkaui banyak pasaran baru muncul yang lain, katanya.

“Malaysia menghasilkan kumpulan barangan yang amat luas pada tahap kecanggihan yang berbeza, yang merangkumi barangan elektrik dan elektronik canggih kepada komoditi asas untuk dieksport.

“Kekuatan struktur ekonomi Malaysia yang disokong oleh inisiatif berterusan kerajaan bagi menaik taraf infrastruktur fizikal negara dan menggalakkan pendigitalan serta pelaburan dalam teknologi yang lebih tinggi, akan mengekalkan tarikan negara sebagai destinasi pelaburan, meningkatkan prospek ekonomi jangka panjang dan menyokong daya tahannya,” kata agensi itu lagi.

Kredibiliti dan keberkesanan rangka kerja institusi Malaysia, khususnya dalam pelaksanaan dasar makroekonomi turut menyokong kemampuan serta profil ekonominya.

Sebaliknya, Moody’s berkata rekod prestasi dasar-dasar Malaysia yang berkesan telah membolehkan negara menjana lebihan akaun semasa dan simpanan domestik walaupun semasa kemelesetan global.

“Negara juga telah mengekalkan inflasi dan ketidaktentuan inflasi sederhana rendah berbanding negara lain walaupun merekodkan kadar pertumbuhan yang tinggi dan mengekalkan kestabilan sistem perbankan melalui episod persekitaran operasi yang lemah,” katanya.

Moody’s menjangkakan institusi Malaysia akan terus menyediakan dasar penampan dalam menghadapi kejutan ekonomi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.