nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

DAP gesa mansuh Akta Hasutan, diganti Akta Keharmonian Nasional

28 NOV : DAP menggesa kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan undang-undang baharu yang lebih jelas serta bertanggungjawab bagi melindungi keharmonian nasional tanpa menjejaskan hak demokrasi rakyat.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo berkata, kerajaan perlu memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional yang mengandungi peruntukan khusus berkaitan jenayah kebencian berasaskan kaum dan agama, keharmonian serta perdamaian masyarakat.

Beliau berkata, Akta Hasutan yang diperkenalkan pentadbiran kolonial British pada 1948 mempunyai skop terlalu luas dan terdedah kepada penyalahgunaan sehingga boleh digunakan untuk menyekat suara kritikan.

“Kita perlu menggantikan kawalan warisan era penjajahan dengan undang-undang moden yang adil dan bertanggungjawab yang mampu memelihara keharmonian nasional serta mempertahankan hak demokrasi setiap rakyat Malaysia.

“Justeru, Akta Hasutan perlu dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baharu secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Seksyen 3 akta berkenaan mentakrifkan hasutan secara meluas dengan menjadikan sesuatu perbuatan sebagai kesalahan sekiranya mempunyai kecenderungan menghasut, walaupun perbuatan itu sendiri tidak semestinya bersifat hasutan.

“Akta yang mengawal kecenderungan yang dianggap sebagai hasutan, bukannya kemudaratan sebenar, boleh menimbulkan kesan membataskan kebebasan bersuara dalam kalangan masyarakat serta menyekat perbahasan politik yang sah dan usaha menuntut akauntabiliti awam,” katanya.

Gobind yang juga Menteri Digital berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab perkara itu di Dewan Rakyat pada 24 November lalu mengakui terdapat kebimbangan berasas terhadap akta berkenaan, namun kerajaan masih belum mengenal pasti alternatif sesuai bagi memelihara keharmonian kaum dan agama.

Katanya, perlindungan terhadap keharmonian kaum, sensitiviti agama dan institusi diraja (3R) sememangnya penting, namun mengekalkan undang-undang peninggalan penjajahan bukan satu-satunya pilihan untuk mencapai matlamat itu.

Beliau berkata, Malaysia sudah mempunyai beberapa peruntukan undang-undang yang boleh digunakan bagi menangani kesalahan berkaitan 3R, termasuk Seksyen 298, 298A, 504 dan 505 Kanun Keseksaan.

Selain itu, katanya, terdapat instrumen perundangan berkaitan tadbir urus digital seperti Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang sudah dipinda serta Akta Keselamatan Dalam Talian 2025.

“Lebih penting, daripada terus bergantung kepada undang-undang yang bersifat menyeluruh dari 1948, kerajaan perlu memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional khusus yang merangkumi peruntukan berkaitan jenayah kebencian berasaskan kaum dan agama, keharmonian nasional serta perdamaian.

“Kerangka sedemikian perlu mentakrifkan ucapan kebencian dan jenayah kebencian dengan jelas, mewujudkan mekanisme pengantaraan berasaskan pemulihan serta melindungi semua komuniti secara sama rata tanpa menjadikan perbahasan politik yang dibuat dengan niat baik sebagai satu kesalahan jenayah,” katanya.

Gobind berkata, pembaharuan undang-undang merupakan sebahagian daripada mandat yang diberikan kepada kerajaan dan kawalan peninggalan era penjajahan perlu digantikan dengan perundangan moden yang lebih adil serta bertanggungjawab.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.