nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kluster pusat asuhan antara 9 kluster baharu dikesan

28 JAN: Sembilan kluster baharu COVID-19 dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh 24 jam lalu termasuk lima membabitkan tempat kerja, tiga komuniti dan satu kumpulan berisiko tinggi, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 779 kluster sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini 407 kluster sudah berakhir termasuk tiga kluster tamat hari ini, iaitu Kluster Putra 15, Kluster Batu Besar, dan Kluster Kupi-Kupi, manakala 372 kluster lagi masih aktif.

Beliau berkata antara kluster yang mencatatkan bilangan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini ialah Kluster Hentian iaitu 88 kes, diikuti Kluster Pasai sebanyak 73 kes, dan masing masing 45 kes bagi Kluster Jalan Faizal dan Kluster Jalan Playar.

“Lima kluster tempat kerja itu ialah Kluster Jalan Faizal, Jalan Satria, Jalan Dewani Satu di Johor; Kluster Industri Peramu Jaya, Pahang dan Kluster Taman Mahkota Impian, Labuan;

“Tiga kluster komuniti pula dikesan di Jalan Pakat, Selangor; Indah Riang di Sarawak dan Kampung Kemansur di Pahang; kluster berisiko tinggi ialah di  Jalan Kejora, Melaka,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Berikutan itu Dr Noor Hisham berkata KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu elakkan 3S (kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat) serta mengamalkan amalkan 3W (Wash, Wear dan Warn).

Berikutan adalah perincian sembilan kluster baharu:

1. KLUSTER JALAN PAKAT;

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-173134) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes indeks bertugas secara sambilan iaitu di Jalan Pakat, Ijok, Kuala Selangor. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 74 individu telah disaring, di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN FAIZAL;

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171310) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal.

Kluster ini melibatkan pekerja kilang di Jalan Faizal, Pekan Nanas, Pontian. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 400 individu telah disaring, di mana 68 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN SATRIA;

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Satria 2, JB Perdana Industrial Park, Skudai, Johor Bahru. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 38 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN DEWANI SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Dewani 1, Off Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Temenggong, Johor Bahru. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 166 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER INDAH RIANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching, Simunjan, Samarahan, dan Saratok di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-179823) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis sosial yang dihadiri oleh kes indeks.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Indah, Bandar Baru Samariang, Kuching. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN KEJORA

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin di Melaka serta daerah Bandar Baharu di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke150857) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada
lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Kejora 3, Taman Tanjung Minyak, Melaka Tengah. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 248 individu telah disaring, di mana 36 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER INDUSTRI PERAMU JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pekan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-180236) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan pekerja kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Peramu Jaya, Jalan Pekan-Kuantan, Pekan. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER KAMPUNG KEMANSUR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154682) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Kemansur, Bentong. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER TAMAN MAHKOTA IMPIAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-198084) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan pekerja dan pelajar pusat asuhan yang terletak di Taman Mahkota Impian, Sungai Buton. Sehingga 28 Januari 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.