nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Moody’s jangka defisit fiskal Malaysia berkurangan

29 JAN: Moody’s mengunjurkan defisit fiskal Malaysia berkurangan kepada 5.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2021 berbanding 6.0 peratus yang direkodkan tahun lalu.

Menurut Moody’s, memandangkan objektif kerajaan untuk memberikan sokongan yang berterusan kepada ekonomi ketika ia memulih daripada kejutan, sebarang halangan kepada pemulihan, sebagai contoh, kesan ekonomi yang lebih teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0), mungkin berpotensi ditangani melalui rangsangan ekonomi tambahan.

“Oleh itu, Moody’s berpendapat risiko kepada defisit fiskal adalah terpencong kepada arah penurunan sekurang-kurangnya pada 2021,” kata Moody’s dalam satu kenyataan.

Selepas 2021, Moody’s menjangkakan defisit akan menyempit kepada sekitar empat peratus daripada KDNK menjelang 2023, selaras dengan sasaran purata defisit KDNK sebanyak 4.5 peratus oleh kerajaan dalam tempoh 2021 hingga 2023.

Walaupun unjurannya memasukkan beberapa pengurangan perbelanjaan dan pemulihan pendapatan apabila ekonomi kembali berpotensi, Moody’s menegaskan bahawa hutang berkemungkinan kekal sekitar 64-67 peratus daripada KDNK sehingga 2023, setelah melonjak sehingga 66 peratus daripada KDNK pada akhir 2020 daripada bawah 56 peratus pada 2019.

Ia juga menganggarkan beban hutang Malaysia berkemungkinan kekal pada tahap semasa, lebih tinggi dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang, walaupun kerajaan tetap komited terhadap objektif penyatuan fiskal jangka sederhananya.

“Pemulihan peningkatan hutang akibat pandemik ini tidak mungkin dibuat tanpa kadar pelarasan belanjawan yang lebih cepat daripada sasaran fiskal kerajaan bagi 2021-2023.

“Jumlah simpanan domestik yang besar di negara ini mampu membiayai defisit fiskal dan menanggung bayaran faedah,” katanya.

Menurut Moody’s, beban hutang Malaysia adalah antara yang tertinggi berbanding negara saingannya, manakala kemampuan hutangnya adalah antara yang paling lemah, dengan pembayaran faedah merangkumi sekitar 12-14 peratus hasil dalam tempoh 2021-2023.

“Ini dibandingkan dengan beban hutang median sebanyak 47 peratus daripada KDNK dan pembayaran faedah median kepada nisbah hasil sebanyak 5.0 peratus bagi negara saingan yang sama seperti akhir 2020,” katanya.

Moody’s berkata dalam kes Malaysia, cabaran fiskal itu ditambah dengan asas hasil kerajaan yang agak terhad, yang terjejas sejak kejatuhan harga minyak pada 2014-2016 termasuk pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan pada 2018.

Agensi penarafan kredit itu menganggarkan hasil dalam KDNK akan jatuh kepada sekitar 15-16 peratus pada 2021 berbanding kemuncak iaitu sekitar 21 peratus pada 2012 dan berbanding median sebanyak 34 peratus oleh negara saingan terdekat.

“Menyediakan beberapa imbangan kepada metrik fiskal dan hutang yang lebih lemah adalah kumpulan simpanan domestik yang besar di Malaysia termasuk simpanan persaraan yang terkandung dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, yang boleh membiayai defisit kerajaan dalam mata wang tempatan.

“Ini mengekalkan kadar faedah atau sebaliknya, konsisten dengan kadar dasar bank pusat termasuk mengurangkan risiko kecairan kerajaan dan pergantungan kepada pembiayaan luar, yang cenderung lebih sensitif terhadap sentimen risiko,” katanya.

Sementara itu, Moody’s berkata skor impak kredit persekitaran, sosial, tadbir urus (ESG) Malaysia berada pada tahap neutral kepada rendah (CIS-2), memandangkan institusinya yang kukuh telah mengurangkan pendedahan sederhana kepada risiko alam sekitar melalui dasar-dasar yang berkesan.

Moody’s ketika mengulas mengenai penarafan pendedahan Malaysia terhadap risiko sosial berkata kadar itu berada pada neutral sehingga rendah (skor profil penerbitan S-2), mencerminkan demografi yang menggalakkan, akses yang luas kepada pendidikan berkualiti, perumahan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan asas serta dasar yang menangani keperluan B40, yang telah merapatkan ketidaksamaan pendapatan.

“Pengaruh tadbir urus adalah positif (skor profil penerbitan G-1) di Malaysia, disokong oleh institusi eksekutif dan perundangan yang kukuh, kedaulatan undang-undang yang boleh dipercayai dan rekod prestasi pembuat dasar makroekonomi yang berkesan.

“Bagaimanapun, pendedahan dalam beberapa tahun kebelakangan ini mengenai insiden rasuah berprofil tinggi dan kekurangan ketelusan dalam perbelanjaan kerajaan, jika terus berleluasa, boleh mengancam kredibiliti institusi dan tadbir urus dalam jangka masa panjang,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.