nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ibu Yati yang patut minta maaf, tegas Nasrudin

2 FEB: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Nasrudin Hassan, menyerahkan kepada pihak berkuasa agama dan polis untuk menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook Ibu Yati yang dikatakan menyebarkan ajaran sesat ‘Agama Melayu’.

Berikutan itu Nasrudin berkata beliau tidak akan memohon maaf kepada Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias kerana beliau hanya mendedahkan apa yang diperkatakan di Facebook wanita berkenaan.

Sebaliknya, Nasrudin berkata pemilik akaun Facebook (FB) Ibu Yati yang sepatutnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan penulisannya yang dianggap mengelirukan umat Islam negara ini.

nasruddin hassan
NASRUDDIN HASSAN

Sebelum ini, Wan Norhayati memberikan tempoh tujuh hari kepada Nasrudin untuk mengemukakan permohonan maaf kepadanya kerana menuduh wanita itu menimbulkan kecelaruan terhadap umat Islam.

Malah, Nasrudin mengesahkan bahawa sehingga kini beliau belum menerima sebarang saman membabitkan perkara itu daripada Wan Noor Hayati.

“Pada saya, sepatutnya beliau yang kena mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, apabila banyak tulisan yang kita rujuk dalam ‘page’ dan FB dia sendiri, sangat mengelirukan dan memberi satu kecelaruan terhadap umat Islam itu sendiri.

“YADIM tidak perlu membuat laporan polis berikutan beliau dimaklumkan lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sudah membuat laporan mengenai perkara itu selain Wan Noor Hayati sendiri ada membuat laporan polis terhadapnya.

“Cukup saya beri peringatan terhadap masyarakat agar umat Islam tidak terpengaruh dengan ajaran itu. Beliau sendiri pun buat laporan polis terhadap saya, jadi saya kira perkara ini sudah sampai ke pihak berkuasa. Tinggal lagi mereka akan menjalankan tindakan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyaksikan gimik penyerahan barangan dan Pelepasan Musaadah 2.0 dan Misi Bantuan Pasca Bencana Banjir yang dilepaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pagi hari ini.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata, penulisannya sebelum ini untuk menyatakan kemungkinan bertambah atau cabaran yang perlu dihadapi alim ulama serta pendakwah apabila berdepan dengan pelbagai pemikiran masyarakat Islam di negara ini.

“Saya hanya menasihati rakyat terutama umat Islam di negara ini supaya tidak terpengaruh atau terpedaya dengan penyebaran ajaran yang bercanggah dengan syariat termasuk apa yang dikatakan sebagai Islam Melayu kerana Islam itu adalah universal serta tiada istilah Islam Arab atau sebagainya.

“YADIM baru mengesan mengenai ajaran berkenaan melalui klip video yang tersebar mengenainya, manakala pihak berkuasa agama sudah mengambil tindakan untuk memanggil dan menyiasat bagi mengetahui perkara sebenar,” katanya.

Justeru, Nasrudin berkata beliau menyerahkan tanggungjawab kepada agensi terbabit seperti jabatan agama Islam negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyiasat kesahihan dakwaan berkenaan.

“YADIM sendiri bertindak menjalankan kerja dakwah untuk mengajak masyarakat memahami apa Islam sebenarnya serta menerangkan apa kesalahan dalam ajaran yang dikatakan dibawa wanita berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Dr Zulkifli yang diajukan persoalan sama berkata, ketika ini pihaknya akan mendapatkan pandangan daripada pihak berkuasa agama dari negeri yang terbabit dengan ajaran dibawa wanita terbabit.

“JAKIM akan menggunakan satu saluran untuk perkara itu dibincang dan keputusan dirumuskan antara jabatan itu dengan pihak berkuasa agama di negeri bagi memastikan tindakan yang akan diambil benar-benar tepat, tidak dianggap sebagai gopoh atau tidak mempunyai maklumat.

“Kita akan mengeluarkan fatwa dari semasa ke semasa dan unit dakwah kita ada. Cuma kita tidak mahu menyatakan sesuatu (keputusan) itu dengan sepantas itu melainkan perkara yang disepakati,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.