nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pulihara habitat tanah lembap tanggungjawab semua

2 FEB: Semua pihak bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan inisiatif serta program pemuliharaan dan pemeliharaan habitat tanah lembap dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kementerian amat berharap sokongan daripada semua pihak bagi kepentingan tanah lembap, sekali gus menjamin kualiti air bersih bagi kegunaan manusia.

Beliau berkata kementerian memerlukan sokongan dan kerjasama kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat bagi memastikan inisiatif dan program pemuliharaan dan pemeliharaan tanah lembap dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Kawasan tanah lembap yang dilindungi hanya sebahagian kecil daripada keluasan tanah lembap yang direkodkan.

“Malah, masih ada kawasan tanah lembap yang tidak mempunyai mekanisme perlindungan yang khusus,” katanya dalam kenyataan media sempena sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, hari ini.

Hari Tanah Lembap Sedunia bermatlamat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara dan memulihara kawasan tanah lembap sebagai khazanah berharga demi kesejahteraan generasi akan datang.

shamsul anuar nasarah

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, tarikh hari ini juga menandakan ulang tahun ke-50 penubuhan Konvensyen Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai Konvensyen Ramsar pada 2 Februari 1971.

Katanya, di Malaysia tanah lembap meliputi kawasan tanah gambut, paya bakau, sungai, tasik dan pesisiran pantai yang menjadi habitat kepada kepelbagaian spesis flora serta fauna terutamanya burung hijrah.

“Sehingga kini Malaysia mendaftar tujuh kawasan sebagai Tapak Ramsar iaitu Tasek Bera, Pahang; Tanjung Piai, Pulau Kukup dan Sungai Pulai, Johor; Kuching Wetland National Park, Sarawak; Lower Kinabatangan – Segama Wetlands dan Kota Kinabalu Wetlands, Sabah.

“Tapak ini dilindungi di bawah undang-undang perhutanan, taman negeri dan tanah sama ada sebagai hutan simpanan kekal, taman negeri atau kawasan perlindungan tanah lembap,” katanya.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata, Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang dilancarkan baru-baru ini memberi fokus untuk memperkaya dan memelihara kawasan tanah lembap yang ada ketika ini.

“Tanah lembap mempunyai nilai pemuliharaan yang tinggi, sama ada dari aspek nilai ekonomi dalam bentuk hasil hutan, laut dan pelancongan mahu pun faedah perkhidmatan ekosistem

“Ia berperanan penting sebagai perlindungan daripada bencana termasuk tsunami, kawasan tadahan air, kawasan pembiakan, kawalan banjir dan menyerap karbon,” katanya.

Malah, beliau berkata lebih 40 peratus daripada spesies seluruh dunia hidup dan membiak di kawasan tanah lembap manakala lebih 200 jenis ikan baharu ditemui setiap tahun di tanah lembap darat.

“Air dan tanah lembap saling berhubung dalam satu ekosistem yang tidak dapat dipisahkan dan sangat penting bagi kehidupan, kesejahteraan dan kesihatan bumi.

“Justeru saya berharap sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia tahun ini dapat mengingatkan kita mengenai kepentingan memelihara khazanah sangat berharga ini demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.