nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Masyarakat disaran jalani ujian DASS jika rasa tertekan

6 FEB: Orang ramai yang berdepan dengan masalah tekanan bekerja dari rumah disarankan menjalani ujian saringan tekanan yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Halimah Ali berkata masyarakat awam sebenarnya boleh melakukan pemeriksaan itu Ujian Saringan Stres, Kebimbangan dan Kemurungan (DASS).

“Kita tengok meter stres sendiri, kalau kita ada kesan stres, contohnya kepala asyik pening, tak boleh fikir, migrain makin teruk ada orang bila dia stress tak boleh tidur

“Kalau ketagih dengan gajet, anak pun dia kata belajar online, sebenarnya dia main game atau tidur, sebenarnya dia tidak pun belajar, kita tengok kesan stres,” katanya menerusi siaran langsung Facebook rasmi Dewan Muslimat Pas Malaysia bertajuk PKP: Mengawal Stress, hari ini.

Dalam pada itu, Halimah turut melihat orang ramai tidak boleh mengelak daripada berhadapan dengan tekanan selagi mana seseorang itu masih bernyawa. 

Sebaliknya, kata beliau, ia perlu diuruskan dan dirancangkan dengan sebaiknya termasuk berhenti memikirkan semua permasalahan dalam satu masa.

“Selagi tak mati mesti ada stres, bukan Covid-19 saja, bukan PKP saja, kita rancang hidup kita. Jika gagal merancang, maknanya kita merancang untuk gagal.

“Pertama berhenti, jangan letakkan semua stres dalam kepala, apa yang berlaku kepada diri kita, rumah tangga kita, keluarga kita, anak-anak dan kerja.

“Kita tulis apakah stres kita, jangan asyik fikir, senaraikan apa masalah yang buat kita stres, tulis atas satu kertas dan paparkan di dinding. Kemudian kenal pasti mana satu stres paling besar untuk ditangani, “katanya. 

Sementara itu, Halimah yang juga merupakan Pengerusi Lanjah Perpaduan Nasional, Dewan Muslimat Pas Malaysia berkata petugas-petugas barisan hadapan memerlukan perhatian daripada semua pihak untuk membantu menangani tekanan di tempat kerja yang memerlukan mereka bertugas dalam tempoh lama setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, pemberian juadah makanan antara cara yang boleh membantu mengurangkan tekanan petugas barisan hadapan yang berdepan risiko dijangkiti wabak Covid-19.

“Bila kita bagi sedikit kuih, makanan, mereka jadi teruja, bukan apa sangat tapi mereka ini perlukan perhatian, balik rumah terus tidur, tak boleh buat kerja lain, tak boleh selesai masalah lain di rumah. Bila kita beri perhatian mereka rasa teruja sangat,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.