nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tatacara kes ringan, kontak rapat perlu ditambah baik

6 FEB : Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dalam satu kenyataan hari ini menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digesa membuat penambahbaikan segera dalam tatacara menangani kes-kes ringan COVID-19 (kategori 1 dan 2), serta kontak rapat.

Presiden MMA, Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata, penambahbaikan ini perlu bagi menangani kekeliruan di samping menghalang kemungkinan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah, yang boleh membawa kepada peningkatan kepada jumlah jangkitan dalam komuniti.

“Dalam langkah pencegahan, tindakan hanya mengasingkan mereka adalah tidak memadai. Status kesihatan semua kontak rapat perlu dikesan awal, jika tidak, ia boleh membawa risiko penularan jangkitan dalam kalangan anggota keluarga sesebuah rumah dan dalam komuniti sekiranya mereka melanggar peraturan kuarantin,”

“Justeru, MMA sekali lagi menggesa KKM supaya mengguna pakai kembali dasarnya sebelum ini yang berkaitan ujian terhadap semua kontak rapat. Dasar semasa KKM adalah untuk membuat ujian hanya terhadap kontak rapat kes bergejala.

MMA turut menggesa kerajaan meningkatkan usaha mendidik orang ramai mengenai SOP kuarantin di rumah dan peranan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) KKM, dengan menerbitkan maklumat berkenaan hal itu di semua media.

“Ini terutama di kawasan berkepadatan tinggi, di mana maklumat di dalam dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil yang mudah, bagi memastikan ia difahami semua rakyat Malaysia dalam usaha mendidik masyarakat.

“Kita juga mengesyorkan supaya Kementerian Komunikasi dan Multimedia meningkatkan usaha memastikan pesanan-pesanan KKM berhubung CAC dan SOP kuarantin rumah dapat disampaikan dengan meluas di semua peringkat.

“Kita khuatir tidak semua individu akan bertanggungjawab dalam melaksanakan kuarantin di rumah dengan serius, sehubungn itu kita perlu menggesa kerajaan untuk menangani perkara ini dengan segera dan membuat pelbagai penambahbaikan yang perlu, jika tidak kita mungkin akan lihat kes-kes COVID-19 terus melonjak dalam masa terdekat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.