nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pas terima baik penyertaan Gerakan dalam PN

13 FEB: Penyertaan  Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) ke dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dilihat mampu meningkatkan perpaduan dan keamanan dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia pada masa depan.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob, berkata PAS menerima baik penyertaan Gerakan ke dalam PN kerana semua pihak perlu bertanggungjawab dan berusaha ke arah mewujudkan sebuah masyarakat yang aman di Malaysia.

“Bunyi pun sudah nasional (Perikatan Nasional) jadi kita mesti merangkumi pelbagai jenis bangsa dan parti, sebab itu perikatan. Gerakan mewakili semua orang Cina, saya rasa tiada masalah sebab kita ke arah mewujudkan perpaduan bukan sahaja orang Melayu tapi semua kaum di negara kita.

“Kita nak keamanan dan kesejahteraan. Menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk parti politik mencari keamanan serta keselesaan rakyat,” katanya.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kerja pembinaan semula rumah seorang penduduk di bawah Projek Jiwa Murni yang dijalankan oleh sepasukan anggota daripada 7 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) di Tumpat, Kelantan hari ini.

Pada Khamis lalu, media melaporkan Perdana Menteri merangkap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan surat penyertaan rasmi Gerakan sebagai salah sebuah parti komponen PN kepada Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau.

Dalam pada itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata penyertaan Gerakan ke dalam PN tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada BN dan UMNO.

Shahidan berkata keyakinan itu bersandarkan faktor Gerakan tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

“Tak apalah, ..yang lebih cantik lagi kalau nak sertai PN patutnya adalah kerusi (Parlimen) tapi Gerakan tiada kerusi.

“Saya harap (Gerakan) sertai PN ini mungkin untuk masa depan mereka dan kita (BN) tiada masalah,” katanya selepas menghadiri Majlis Jamuan ‘Drive-Thru’ Tahun Baru Cina di Tokong Cina Jejawi, di sini anjuran MCA Bahagian Arau, Perlis hari.

Beliau yang Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis turut mengulas mengenai perkembangan terkini Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS yang mana kerjasama antara kedua-dua parti itu semakin kukuh.

“Muafakat Nasional masih berjalan terus walaupun masalah yang timbul pada waktu ini adalah mesti ada pendaftaran (Muafakat Nasional), …kita harap ia dapat diselesaikan.

“Namun apa yang paling penting adalah PAS masih yakin dan selesa untuk kerja bersama UMNO kerana kita (UMNO) ada jentera. Jentera ini penting kerana jika kita nak buat sesuatu majlis di kawasan masing-masing, kita tak import orang luar untuk datang buat majlis berkenaan kerana kita ada kekuatan kita sendiri,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.