nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perkahwinan Bukan Islam Dibenar Mulai Hari Ini

26 FEB: Kerajaan bersetuju untuk membenarkan upacara perkahwinan bukan Islam di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam bagi kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa hari ini.

JPN dalam satu kenyataan memberitahu, keputusan tersebut dibuat kerajaan bagi membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanakan.

“Keputusan ini dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menteri Kanan Pertahanan Bilangan 9 yang dipengerusikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Walau bagaimanapun, upacara perkahwinan di kawasan Perintah Kawalan Pergetakan Diperketatkan (PKPD) adalah masih tidak dibenarkan,” katanya JPN menerusi kenyataan di Facebook jabatan itu, hari ini.

Dalam pada itu, JPN turut memaklumkan pihaknya telah melakukan kemas kini dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) upacara perkahwinan bukan Islam di JPN, rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam.

“Antara SOP yang ditambah baik ialah berkaitan kapasiti kehadiran semasa upacara pendaftaran perkahwinan iaitu maksimum 10 orang termasuk pendaftar bagi pendaftaran perkahwinan sivil untuk upacara di JPN dalam kawasan PKP, PKPB dan PKPP.

“Bagi kapasiti kehadiran untuk upacara perkahwinan di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam oleh Penolong Pendaftaran Perkahwinan (PPP), maksimum 10 orang bagi kawasan PKP, maksimum 20 orang bagi PKPB dan maksimum 30 orang bagi PKPP.

“Bagaimanapun, SOP ini adalah tertakluk kepada keluasan ruang upacara perkahwinan di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan sama, JPN memaklumkan tiada majlis sosial dibenarkan semasa upacara pendaftaran berlangsung manakala majlis sosial di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam adalah tertakluk kepada arahan Majlis Keselamatan Negara.

“Sebarang maklumat lanjut mengenai pelaksanaan SOP kebenaran upacara perkahwinan bukan Islam di JPN, rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam boleh dilayari menerusi laman sesawang MKN (www.mkn.gov.my) atau JPN (www.jpn.gov.my).

“JPN berharap semua pihak terlibat dapat mematuhi SOP yang telah dikuatkuasakan agar penularan wabak COVID-19 dapat dibendung dan upacara perkahwinan dapat dilaksanakan dengan selamat,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.