nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KKM kesan empat lagi kluster baharu

8 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan empat kluster baharu hari ini termasuk dua kluster tempat kerja di Johor, satu di Kuala Lumpur dan satu kluster komuniti di Terengganu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan pertambahan empat kluster baharu itu menjadikan jumlah kumulatifnya 1,203 kluster termasuk 736 kluster sudah tamat dan 467 masih aktif.

Dr Noor Hisham berkata sembilan kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Perindustrian, Kluster Selasih Perindu, Kluster Keladi Saga, Kluster Sri Sengkang, Kluster Jalan Permata, Kluster Jalan Cyber Lima, Kluster Tinanom, Kluster Jalan Waja, dan Kluster Persiaran Hulu Langat.

NOOR HISHAM

Beliau berkata jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu adalah 62 kluster dengan kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi ialah ialah Kluster Industri Sungai Gadut (51 kes), Kluster Industri Subang (36 kes), dan Kluster Kebun Baru (22 kes).

Empat kluster baharu hari ini adalah Kluster Cyber 72 dan, Kluster Jalan i-Park Tiga di Johor, Kluster Jalan Loke Yew di Kuala Lumpur dan Kluster Bukit Bayas, Terengganu.

“Kluster Cyber 72 adalah kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-306783) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 5, Senai, Kulai. Sehingga 8 Mac 2021, sejumlah 163 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata Kluster Jalan i-Park Tiga pula adalah kluster kerja yang melibatkan daerah Kulai di Johor dan kes indeksnya dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan i-Park 1/3, Bandar Indahpura, Kulai. Sehingga 8 Mac 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.

Manakala, Kluster Jalan Loke Yew pula adalah kluster tempat kerja melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Loke Yew, Cheras. Sehingga 8 Mac 2021, sejumlah 16 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.

Dalam pada itu Kluster komuniti Bukit Bayas pula melibatkan daerah Kuala Terengganu di Terengganu; Johor Bahru di Johor; dan Petaling di Selangor.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-305877) dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti  di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Bukit Bayas, Kuala Terengganu. Sehingga 8 Mac 2021, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.