nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Isu Kalimah Allah: Kerajaan perlu ambil 3 langkah awal

12 MAC: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, meminta kerajaan mengambil tiga langkah awal berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah pertama adalah kerajaan perlu mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rayuan agar keputusan dibuat itu ditangguhkan sehingga mahkamah lebih tinggi membuat keputusan muktamad.

“Langkah kedua adalah untuk kerajaan Pusat mengadakan sidang meja bulat sama ada secara maya atau tidak dengan pemegang taruh menghadirinya, seperti wakil kerajaan negeri, wakil persatuan peguam syariah dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi merangka strategi seterusnya.

“Malah perlu diingat, majoriti negeri seperti Terengganu, Johor, Pahang, Kelantan dan Kedah mempunyai enakmen tersendiri berhubung sekatan pengembangan agama bukan Islam, justeru apakah keputusan Mahkamah Tinggi, kelmarin akan memberi kesan kepada keabsahan enakmen terbabit.

“Ketiga, kerajaan Pusat perlu menghidupkan semula Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) yang ditutup pada zaman Pakatan Harapan. IKSIM terbukti berkesan dalam mengendalikan isu ancaman kepada kedaulatan Islam, termasuk membina jati diri agama melalui program dan langkah strategik diambil.

“Ketiadaan IKSIM menghilangkan elemen semak dan imbang ke atas gerakan yang mengancam akidah umat,” ujarnya.

Asyraf Wajdi berkata, walaupun dalam penghakimannya mahkamah tinggi menetapkan bahawa penerbitan yang menggunakan kalimah Allah itu mesti dicop penafian ‘Hanya Untuk Orang Kristian’ dan diletakkan lambang salib pada kulit buku, keputusan berkenaan amat mengejutkan.

Keputusan itu, katanya, masih mendedahkan risiko penyebaran kepada orang Islam.

Beliau berkata, pergerakan itu juga akan memperhalusi alasan penghakiman yang bakal dikeluarkan Mahkamah Tinggi kelak kerana perlu menilai sama ada keputusan terbabit bercanggah atau tidak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2015 mengenai kes Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Roman Catholic Archbishop.

“Mahkamah tertinggi negara pada ketika itu menetapkan bahawa tindakan KDN yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar The Herald (akhbar Katolik) adalah sah.

“Keputusan Mahkamah Rayuan pada 2013 dalam kes sama yang membabitkan panel tiga hakim diketuai Tan Sri Apandi Ali itu, memutuskan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah pada penerbitan Katolik tersebut adalah bagi memelihara kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mengelakkan suasana tidak harmoni dalam masyarakat,” katanya.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia juga, katanya, berharap seluruh umat Islam tanpa mengira ideologi politik bersepakat dan senada dalam isu membabitkan akidah seperti ini. Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.