nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perlis catat sifar kes baharu,jumlah kluster baharu menurun

14 MAC: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Perlis hari ini mencatatkan angka sifar kes baharu jangkitan COVID-19 di negeri itu

Dr Noor Hisham menjelaskan, semalam Perlis melaporkan 29 kes baharu COVID-19 iaitu jumlah tertinggi sepanjang pendemik disebabkan pengesanan aktif daripada Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Persiaran Wawasan

Katanya, kluster berkenaan telah diumumkan pada 7 Mac 2021 hasil saringan tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) di DTI terbabit.

“Seramai 263 individu yang melibatkan 102 orang tahanan PATI dan 161 orang anggota Jabatan Imigresen telah disaring dengan 89 orang dikesan positif (33.8 peratus), 173 orang adalah negatif (65.8 peratus) dan seorang adalah tidak konklusif (0.4%) dan akan disaring semula.

“Daripada jumlah keseluruhan 89 kes positif dalam kluster ini, 85 kes merupakan bukan warganegara dan empat kes adalah warganegara. Kesemua kes tersebut dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah dan PKRC ILKKM untuk rawatan lanjut.

“Punca jangkitan dalam kluster DTI Persiaran Wawasan berkemungkinan daripada tahanan PATI yang ditahan di DTI atau komuniti. Keadaan sel yang sempit dengan jumlah tahanan yang ramai menyebabkan penularan COVID-19 dalam kalangan tahanan berlaku secara mendadak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berikutan itu, Dr Noor Hisham berkata pelbagai langkah pencegahan dan kawalan yang telah diambil oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perlis termasuk
mengkaji kes yang dikesan positif dirawat di Hospital Tuanku Fauziah dan PKRC ILKKM.

Beliau berkata KKM juga membuat siasatan ke atas setiap kes yang dikesan dan seterusnya mengesan kontak rapat kes-kes tersebut. Arahan pengawasan dan pemantauan diberikan kepada semua kontak rapat bagi tujuan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Kompleks Kementerian Dalam Negeri telah ditutup selama 10 hari di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi tujuan siasatan kluster dan aktiviti basmi kuman.

” Kita juga memberikan pendidikan kesihatan seperti penjagaan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer serta penekanan kepada penjarakan sosial dan pematuhan SOP,” katanya

Beliau berkata pihaknya juga bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan dan Jabatan Imigresen akan memantau pematuhan SOP anggota mereka agar penularan kluster ini dapat dikekang dengan segera.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham mengesahkan KKM mengesan tiga lagi kluster baharu COVID-19 hari ini termasuk kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti.

Katanya, kluster tempat kerja Jalan Tun Mutalib Tiga melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor dengan kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-309258) dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tun Mutalib 3, Kawasan Perindustrian, Bandar Tenggara, Kota Tinggi. Sehingga 14 Mac 2021, sejumlah 469 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

“Kluster tempat kerja Jalan Sutera adalah melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor dengan kes indeks bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Mac 2021 hasil saringan bersasar  pekerja-pekerja sebuah kilang  yang terletak di Jalan Sutera 1/5A, Bukit Angkat, Kajang. Sehingga 14 Mac 2021, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 8 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.

Beliau berkata kluster komuniti Begalak pula melibatkan daerah Sibu dan Song di Sarawak dan kes indeksnya (iaitu kes ke-317522) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

“Penularan kes-kes dalam kluster ini berlaku di Sungai Begalak, Batang Rajang, Song serta lokaliti kediaman kes-kes yang terletak di sekitar daerah Song dan Sibu. Sehingga 14 Mac 2021, sejumlah 335 individu telah disaring, di mana 49 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.