nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemuda UMNO sokong penuh program MyVac

16 MAC: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyokong penuh inisiatif Kerajaan Malaysia melancarkan Program Malaysia Vaccine Support Volunteer (MyVac) yang bakal dikelolakan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya berpandangan Program Sukarelawan MyVac merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menggembleng sukarelawan membantu frontliners dalam mengelolakan pemberian vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia yang akan dipusatkan di Pusat Pengurusan Vaksin (VAC).

“Jangkaan sebanyak 8,000 dos sehari di setiap lokasi sudah tentu menagih komitmen ramai sukarelawan untuk membantu Kerajaan bagi memastikan perlaksanaan vaksinasi kepada rakyat berjalan lancar dan berkesan.

“Sehubungan itu, Pemuda UMNO menawarkan untuk membantu kerajaan bagi menggerakkan ahli-ahli Pemuda UMNO di 191 bahagian dan 13,695 cawangan Pemuda UMNO seluruh Malaysia bagi mengambil bahagian menjadi sukarelawan dalam program MyVac ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata pihaknya akan bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bagi menyelaraskan gerak kerja sukarelawan Pemuda UMNO bersama agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat dalam pemberian vaksin ini.

Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, hari ini mengumumkan kerajaan bercadang mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala besar di setiap negeri dengan kemampuan memberi suntikan vaksin kepada kira-kira 8,000 orang sehari.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, pihaknya sedang merangka strategi dan penyediaan peruntukan bagi melaksanakan cadangan itu.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata tindakan berkenaan selaras dengan arahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu program pemberian vaksin kepada rakyat dapat diselesaikan pada tahun ini juga.

“Kita sedang melihat satu PPV yang mungkin boleh selesaikan kira-kira 8,000 suntikan vaksin pada satu hari bagi fasa ketiga, sebagai contoh di Kuala Lumpur iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya kepada pemberita selepas melawat PPV di Stadium Indera Mulia di Perak, hari ini.

Berikutan itu, Khairy berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad untuk menyediakan PPV lebih besar di bandar raya ini.

“Sebagai contoh, Stadium Indera Mulia hanya mampu memberi vaksin kepada 1,400 orang sehari. Kalau ingin lihat kepada kapasiti lebih besar mungkin 5,000 ke atas memang memerlukan PPV lebih besar,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.