nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rentas negeri sambut Aidilfitri hanya jika kes rendah

18 MAC: Kebenaran merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Mei hadapan bergantung kepada penurunan kes dan penilaian daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut penting agar indvidu yang pulang ke kampung tidak lagi menjadi penyumbang kluster-kluster baharu di negara ini.

ISMAIL SABRI

“Seperti kita tahu rentas negeri merupakan salah satu dari penyumbang kluster kes-kes baharu positif COVID-19, terdapat 32 kluster balik kampung rentas negeri yang telah berlaku.

“Sebagai contoh negeri Kelantan suatu ketika dahulu sebelum kita benarkan rentas negeri, Kelantan negeri zon hijau tapi apabila telah dibenarkan dan ramai yang pulang ke Kelantan, lebih 65 peratus daerah-daerah di Kelantan menjadi zon merah kerana kes meningkat,” katanya menerusi sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Oleh sebab itu, Ismail Sabri memberitahu KKM memandang serius kebenaran merentas negeri yang dilakukan dengan lebih teliti dan tegas.

Justeru, beliau menyeru orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan supaya kes harian COVID-19 dapat dilengkukan dengan lebih rendah agar umat Islam tahun ini dapat menyambut Hari Raya bersama insan tersayang.

“Boleh balik raya atau tidak…KKM akan beri nasihat kepada jawatankuasa Teknikal dan sidang media khas MKN untuk benarkan atau tidak.

“Katakan bulan Mei nanti kalau kita semua patuh dan turun menjadi 500, mungkin KKM akan buat penilaian dan nasihatkan kita. Marilah kita berdoa agar ada sedikit kelonggaran namun apa paling penting SOP perlu dipatuhi orang ramai,” katanya.

Sementara itu, menjawab dakwaan kononnya wujud arahan agar kes positif di sekolah tidak perlu dimaklumkan kepada KKM, Ismail Sabri menjelaskan perkara itu perlu mendapat penjelasan terperinci daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Namun, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bera menyatakan secara dasarnya merupakan suatu kesalahan kepada mana-mana pihak yang cuba menyembunyikan kes positif COVID-19 tertakluk di bawah Akta 342 KKM.

“Sebagai contoh kilang, ada yang disaman kerana sembunyikan kes positif COVID-19. Ia satu kesalahan di bawah Akta 342. Jadi, setiap individu, setiap majikan, setiap pengurusan sekolah, atau mana-mana wajib laporkan kepada KKM jika timbul isu psotif COVID-19 di kalangan pekerja atau pelajar sekolah.

“Arahan ini saya tak tahu jadi perlu dapatkan daripada KPM,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.