nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia gesa pemimpin politik Myanmar dibebaskan segera tanpa syarat

19 MAC : Malaysia menyifatkan penahanan  pemimpin politik Myanmar, termasuk Kaunselor negara itu, Aung San Suu Kyi dan Presiden, U Win Myint yang ditahan sejak 1 Februari lalu adalah bertentangan dengan prinsip yang termaktub dalam Piagam ASEAN.

Justeru, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia  menggesa pembebasan segera tanpa syarat pemimpin politik Myanmar yang kini ditahan Junta tentera negara tersebut.

“Keadaan krisis politik terkini di Myanmar hanya akan mengeruhkan lagi situasi di negara itu, terutama terhadap rakyat.

“Apa yang berlaku di Myanmar juga bercanggah dengan nilai kepercayaan, hati nurani dan budaya blok ekonomi negara Asia Tenggara yang komited mempromosi, selain melindungi keamanan, keselamatan serta kemakmuran di rantau ini sebagai jaminan,” tegasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelas Muhyiddin, Malaysia sangat prihatin dengan situasi tragis di negara itu sejak berlakunya rampasan kuasa tentera pada 1 Februari lalu.

“Saya terkejut penggunaan kekerasan secara berterusan terhadap orang awam yang tidak bersenjata, sehingga menyebabkan sejumlah besar kematian, cedera dan penderitaan di seluruh negara itu.

“Penggunaan peluru hidup ke atas penunjuk perasan secara aman tidak boleh diterima. Keadaan yang amat dikesali ini perlu dihentikan segera.

“Malaysia sekali lagi mengulangi saranan konsisten kami untuk semua pihak berkepentingan supaya bekerjasama ke arah menyelesaikan krisis ini secara aman.

“Kami akan terus mendukung dialog inklusif untuk peralihan politik dan mendesak semua pihak supaya kembali ke meja rundingan, memulihkan krisis dan menghindari peningkatan ketegangan,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin menegaskan, kepemimpinan tentera di Myanmar turut digesa mengubah landasan dan beralih dengan memilih jalan menuju kepada penyelesaian yang damai.

Katanya, tindakan ganas hanya mengakibatkan keganasan dan masa depan negara itu berkemungkinan tergadai sehingga terjerumus ke kancah kehancuran, sekali gus tidak dapat dipulihkan.

Tambah beliau,  Malaysia dan komuniti ASEAN yang besar tidak mampu melihat Myanmar dalam keadaan tidak stabil di tangan beberapa individu tertentu yang berusaha untuk mempromosikan kepentingan mereka sendiri.

“Saya menyokong kenyataan Presiden Indonesia, Joko Widodo semalam dan seruannya untuk mengadakan Sidang Kemuncak ASEAN darurat bagi mengatasi situasi di Myanmar.

“Hanya melalui perbincangan yang terbuka, ikhlas dan jujur kita dapat meningkatkan peranan ASEAN untuk membantu Myanmar dan mencari jalan keluar daripada krisis dengan cepat.

“Apa pun, bagi pihak Malaysia saya mengucapkan takziah yang mendalam dan tulus kepada semua rakyat Myanmar yang kehilangan orang tersayang dan yang menjadi mangsa akibat krisis politik semasa,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.