nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Senat AS sahkan Joshua Harris sebagai Duta Besar ke Malaysia

4 NOV : Senat Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pencalonan diplomat kerjaya, Joshua Harris sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak negara itu ke Malaysia menerusi undian suara pada 30 September lalu.

Pengesahan itu sekali gus melengkapkan proses pertimbangan Senat terhadap pencalonan Harris yang dikemukakan Presiden Donald Trump pada 21 Julai lalu.

Menurut rekod laman web Kongres AS, pencalonan Harris dirujuk kepada Jawatankuasa Hubungan Luar Senat sebelum sesi pendengaran diadakan pada 16 September.

Senat kemudian mengambil alih pertimbangan pencalonan itu menerusi persetujuan sebulat suara pada 30 September sebelum mengesahkannya pada hari sama.

Harris yang berasal dari Maryland merupakan anggota Perkhidmatan Luar Kanan AS dengan pangkat Minister-Counselor.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Penolong Setiausaha Negara di Biro Hal Ehwal Asia Barat dari 18 Julai 2022 hingga 5 Ogos 2025, dengan tanggungjawab menyelia hubungan diplomatik AS dengan Algeria, Mesir, Libya, Maghribi dan Tunisia.

Pengalaman diplomatik Harris turut merangkumi penugasan sebagai Timbalan Ketua Misi dan Kuasa Usaha di Kedutaan AS di Tripoli, Libya serta Pejabat Luar Libya di Tunis, Tunisia dari 2019 hingga 2021.

Beliau juga pernah berkhidmat di Majlis Keselamatan Negara AS sebagai Pengarah Hal Ehwal Afrika Utara serta Pengarah bagi Iraq.

Sementara itu, dalam sesi pendengaran Jawatankuasa Hubungan Luar Senat pada 16 September, Pengerusinya, Jim Risch menekankan kepentingan hubungan AS-Malaysia, khususnya kerjasama dalam keselamatan maritim dan usaha memerangi keganasan.

Senator Jeanne Shaheen pula menyifatkan Malaysia sebagai rakan ekonomi dan keselamatan penting AS, terutama kedudukannya yang strategik dalam laluan perkapalan utama serta rantaian bekalan semikonduktor.

Jawatan Duta Besar AS di Kuala Lumpur kosong sejak 15 Februari lalu selepas Edgard D Kagan menamatkan perkhidmatannya sebagai Duta Besar AS ke-22 ke Malaysia.

Kagan, yang juga diplomat kerjaya, menyerahkan watikah pelantikannya kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Mac 2024 selepas pencalonannya disahkan Senat pada November 2023.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.