nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD Kampung Tringgus, Bau, Bahagian Kuching, tamat esok

20 MAC: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tringgus, Bau, Bahagian Kuching, Sarawak akan ditamatkan mengikut jadual, esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat susulan Kementerian Kesihatan  (KKM) mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal serta tiada sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.

“Sehingga kini, KKM melaksanakan 55 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak empat kes positif COVID-19 direkodkan. 

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Tringgus, Bau, Bahagian Kuching, Sarawak pada 21 Mac 2021 seperti yang dijadualkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) PKPB dan PKPP semakin baik apabila hanya enam individu ditahan semalam berbanding 52 kelmarin.

Ismail Sabri berkata, semua individu terbabit dikenakan kompaun.

“Empat kesalahan yang direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka dan dua kesalahan kerana gagal menyediakan peralatan merekod diri serta pelanggan,” katanya.

Mengenai kawalan sempadan negara, beliau berkata pihak berkuasa menahan 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas masing-masing sebuah kenderaan darat serta bot menerusi Operasi Benteng semalam.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 128 bot dan kapal di perairan negara serta sebuah kenderaan darat melalui sembilan aktiviti penglihatan,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.