nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RM500 juta kononnya diterima Bersatu adalah fitnah

BARU-BARU ini tular kononnya peguam 1MDB, Rosli Dahlan menerima hampir RM2 bilion atau 10 peratus sebagai yuran guaman yang dilakukan oleh syarikatnya dalam mendapatkan semula sekitar RM20 bilion wang yang diselewang daripada 1MDB.

Sebanyak RM500 juta juga kononnya kemudian diberi kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai komisen kerana membantu Putrajaya mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs berkait skandal kewangan 1MDB itu.

Sebagai rekod, pada Julai tahun lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz memberitahu Goldman Sachs akan membayar wang tunai USD2.5 bilion dan memberi jaminan pemulangan sekurang-kurangnya USD1.4 bilion yang dirampas kerajaan Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada dana yang diseleweng daripada 1MDB.

ROSLI DAHLAN

Bagaimanapun, penulis blog Raja Petra Kamarudin baru-baru ini mendedahkan sekeping gambar cek diterima Rosli Dahlan sebagai yuran guaman daripada 1MDB berkaitan kes Goldman Sachs dan jumlah yang tertera pada cek berkenaan hanya kira-kira RM2.4 juta.

Bukti cek ini jelas menunjukkan Rosli Dahlan tidak menerima RM2 bilion atau 10 peratus seperti yang didakwa sebaliknya hanya kira-kira 0.01 peratus sahaja daripada jumlah penyelesaian yang dicapai.

Pada kadar 0.01 peratus ini, boleh dikatakan Rosli Dahlan melakukan khidmat negara kerana sudah semestinya jumlah yuran guaman diterimanya itu amat rendah jika dibandingkan kadar 10 peratus yang biasanya dikenakan oleh peguam lain berkaitan kes saman.

Yuran guaman RM2.4 juta yang diterima Rosli Dahlan berbanding penyelesaian hampir RM20 bilion diterima 1MDB daripada Goldman Sachs sebenarnya boleh disifatkan sebagai satu kerugian kepada peguam itu.

Dengan jumlah masa yang diperuntukannya untuk kes berkenaan selain kos-kos yang perlu ditanggung, Rosli Dahlan pastinya boleh mendapatkan yuran guaman yang lebih tinggi daripada 1MDB.

Namun, dia tidak berbuat demikian sebaliknya bersetuju menerima yuran guaman yang lebih rendah daripada kebiasaan sebagai khidmat baktinya yang ikhlas kepada negara tercinta, Malaysia.

Jumlah yuran guaman hanya RM2.4 juta diterima Rosli Dahlan ini juga sekali gus menjawab tohmahan yang dilemparkan kepada Bersatu kononnya parti berkenaan menerima RM500 juta sebagai komisen daripada peguam itu kerana membantu Putrajaya mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs.

Mana mungkin dan tidak logik andainya Rosli Dahlan yang hanya menerima RM2.4 juta sebagai yuran guaman boleh memberi komisen RM500 juta kepada Bersatu. Ini bermakna Rosli Dahlan perlu mengeluarkan duit poketnya sendiri sebanyak RM497.6 jika berbuat demikian.

Keadaan ini jelas menunjukkan dakwaan bahawa Rosli Dahlan menerima hampir RM2 bilion sebagai yuran guaman yang kemudiannya memberi RM500 juta kepada Bersatu adalah satu pembohongan besar.

Ia jelas merupakan satu fitnah yang dilemparkan musuh-musuh politik Bersatu dan musuh Tan Sri Muhiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu.

Dakwaan itu tidak lebih daripada bertujuan mencemarkan imej baik Perdana Menteri selain strategi pembunuhan watak terhadap Muhyiddin yang terbukti seorang pemimpin yang bersih dan sangat mengambil berat terhadap kebajikan rakyat.

Musuh-musuh politik Muhyiddin mungkin semakin dihimpit kegusaran melihat pencapaian memberangsangkan Perdana Menteri sehingga terpaksa melakukan fitnah kotor bagi menggugat keyakinan rakyat terhadap Muhyiddin.

Dakwaan polis yang dilakukan meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaaan komisen RM500 juta ini juga boleh dikatakan hanya satu sandiwara bagi mengaburi mata rakyat kononnya dakwaan itu berasas.

Hakikatnya, jika semua berita yang belum pasti kebenarannya dilaporkan kepada polis untuk disiasat, pihak polis pastinya tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyiasat semua kes-kes lain terutamanya kes-kes jenayah.

Merupakan tugas penerima berita menyiasat berita yang diterimanya itu benar atau palsu dan bukannya dengan mudah membuat laporan polis terhadap berita yang belum pasti kesahihannya untuk tidak membuang masa dan tenaga anggota polis.

Yang sahih kini, dakwaan Bersatu menerima RM500 juta ini merupakan satu berita palsu bertujuan mengaibkan atau memburukkan Bersatu dan Muhyiddin, malah boleh dianggap sebagai satu fitnah.

Tidakkah penyebar-penyebar fitnah terhadap Bersatu dan Muhyididin ini takut akan azab Allah yang menanti mereka di neraka nanti.

Sabda Rasulullah SAW: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Semoga kita semua dihindari daripada melakukan dosa-dosa fitnah ini.

Dalam pada itu, inilah contoh kecerdikan Muhyiddin.

Ini kerana umum tahu Rosli Dahlan adalah peguam yang sejak dahulu mewakili Bersatu sebaik parti itu ditubuhkan pada tahun 2016

Mana-mana wakil rakyat Bersatu yang berhadapan kes mahkamah sivil seperti beberapa ADUN  yang didakwa oleh kerajaan negeri Pulau Pinang ekoran mereka tidak lagi menjadi penyokong Pakatan Harapan.

Rosli Dahlan adalah peguam yang membela tanpa ada bayaran daripada Bersatu.

Malangnya apabila tiba- tiba Rosli Dahlan menyelesaikan pembayaran yang menguntungkan rakyat dan kerajaan, timbul tohmahan bayaran RM500 juta kepada Bersatu.

Sesetengah pihak menyangkakan yang Perdana Menteri ke-8 ini sama dengan kaedah membayar seorang peguam sehingga RM10 bilion untuk selesaikan bayaran guaman sebuah parti.

Nyata mereka tersilap tomahan. Mereka juga tersalah teka apabila Rosli Dahlan hanya dibayar oleh 1MDB bayaran yang ciput…ikut man hour. – Oleh ROSLI HASSAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.