nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD rumah sewa di Bintulu tamat dua hari lebih awal

23 MAC: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Beverly Hills, Bintulu, Sarawak yang dijadualkan berakhir Khamis ini, ditamatkan hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu diambil selepas penilaian risiko dibuat bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sehingga kini KKM melaksanakan 1,407 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 85 kes direkodkan.

“KKM mengesahkan baki positif di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan, kluster adalah terkawal serta kes terakhir yang dilaporkan adalah pada 18 Mac lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini. 

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, seramai 38 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan daripada jumlah itu, 30 dikenakan kompaun dan lapan direman.

Katanya, antara kesalahan yang direkodkan adalah gagal menyediakan peralatan merekod diri dan pelanggan, iaitu sebanyak 17 kesalahan serta rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran (12).

Selain itu, tidak memakai pelitup muka mencatatkan sebanyak tujuh kesalahan serta masing-masing satu kesalahan kerana premis beroperasi lebih masa dan tiada penjarakan fizikal.

“Mengenai kawalan sempadan negara, semalam pihak berkuasa menahan seramai 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 11 kenderaan darat menerusi Operasi Benteng.

“Pihak berkuasa turut mengesan 117 bot dan kapal di perairan negara melalui lima aktiviti penglihatan,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.