nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KKM: 41 kluster pusat pendidikan sepanjang tahun ini

25 MAC: Kementerian Kesihatan mengesahkan sejumlah 811 kluster COVID-19 dikesan sejak 1 Januari 2021 sehingga hari ini termasuk 41 kluster membabitkan institusi pengajian tinggi (IPT) sekolah menengah, pra-sekolah dan sekolah rendah, pusat tahfiz dan madrasah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu 15 kluster IPT, 11 kluster sekolah menengah, 10 kluster pra-sekolah dan sekolah rendah, serta lima (5) kluster yang melibatkan pusat tahfiz dan madrasah yang telah dilaporkan dalam tempoh hampir tiga (3) bulan ini.

“Ini termasuklah tiga kluster baharu yang diumumkan pada hari ini iaitu Kluster Paloh Rambai, Kluster Merinding, dan Kluster Persiaran Maktab.

“KKM juga mengesahkan bahawa sehingga kini 2,228 kes dikesan berlaku di Institusi pendidikan termasuk termasuk 1,058 kes di IPT, 631 pelajar sekolah menengah, 419 kes murid pra-sekolah dan sekolah rendah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berikutan itu Dr Noor Hisham berkata KKM ingin mengingatkan semua pihak terutamanya para pentadbir, para guru, ibu bapa atau penjaga, pengusaha kantin, pemandu kenderaan sekolah, serta para pelajar untuk sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu.

“Nasihat umum KKM perlu sentiasa diamalkan sebelum, semasa, dan selepas waktu persekolahan. Langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang boleh diambil di sekolah adalah seperti pemakaian pelitup muka; menjaga penjarakan sosial pelajar dan guru di dalam sesebuah bilik darjah, semasa aktiviti di luar bilik darjah, dan semasa pulang dari sekolah.

“KKM juga menasihatkan warga sekolah supaya sentiasa amalkan kebersihan kendiri dengan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer serta menjaga kebersihan persekitaran sekolah,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata semua warga sekolah perlu memastikan bahawa mereka sihat dan tidak bergejala semasa hadir ke sekolah.

Katanya, bagi sekolah dengan pelaporan jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga sekolah, KPM perlu mempertimbangkan penutupan sekolah tersebut dengan segera bagi tujuan sanitasi dan untuk mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 kepada warga sekolah berkenaan.

Terdahulu, Dr Noor Hisham Abdullah, mengesahkan KKM mengesan lapan lagi kluster baharu COVID-19 hari ini menjadi jumlah kumulatif kluster COVID-19 di Malaysia kini menjadi 1,322 kluster 928 sudah tamat dan 394 masih aktif.

Beliau berkata sembilan kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Lorong Peel, Kluster Industri Jalan Empat, Kluster Taman Integrasi, Kluster Jalan Tiga KKIP, Kluster Jalan Sepuluh, Kluster Jalan Tiga Belas, Kluster Guntong Dalam, Kluster Jalan Perindustrian Murni, dan Kluster Tapak Bina Indera Mahkota.

“Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini adalah 55 kluster termasuk kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Faizal (50 kes), Kluster Chupak (47 kes), dan Kluster Tanjung Genting (44 kes),” katanya.

Maklumat terperinci lapan kluster baharu hari ini:

• KLUSTER PERSIARAN MAKTAB

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang, Hulu Langat, dan Gombak di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-334718) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Persiaran Maktab, Taman Cuepacs, Cheras, Hulu Langat. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

• KLUSTER BANDAR SRI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Hulu Langat dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-336834) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

• KLUSTER TENEGANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-333470) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Sungai Tenegang, Kinabatangan. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 176 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

• KLUSTER PALOH RAMBAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Bachok di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-331669) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar beberapa buah pusat pendidikan di Kota Bharu. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Lorong Paloh-Rambai, Ketereh, Kota Bharu. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 347 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

• KLUSTER PERUSAHAAN LPK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perusahaan LPK, Taman Ria Jaya, Sungai Petani. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 847 individu telah disaring, di mana 41 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

• KLUSTER MERINDING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-334151) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Kampung Merinding, Labuan. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 1,010 individu telah disaring, di mana lima (5) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

• KLUSTER PUTRA SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Putrajaya di Wilayah Persekutuan Putrajaya; daerah Sepang di Selangor; dan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-330042) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Presint 1, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

• KLUSTER SIASAI TAMU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-330783) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis sosial yang berlangsung  di Kampung Siasai Tamu, Kota Belud pada 14 Mac 2021. Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 162 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.