nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

15,000 anggota APM, sukarelawan bantu daftar suntikan vaksin

26 MAC: Lebih 15,000 individu akan membantu orang ramai terutama penduduk luar bandar dan pedalaman mendaftarkan diri sebagai penerima suntikan vaksin COVID-19 di seluruh  negara, pada masa depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Mohd Redzuan Yusof berkata, individu itu terdiri daripada anggota Agensi Pertahanan Awam (APM), sukarelawan di bawah Program Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) dan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF)

Beliau berkata, tindakan itu perlu bagi membantu Kementerian Kesihatan (KKM)  serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mendaftarkan seramai mungkin penduduk di Malaysia sebagai penerima vaksin.

Tambahnya, ia selari dengan sasaran kerajaan untuk memastikan lebih 80 peratus daripada populasi rakyat Malaysia mendapat suntikan pelalian, sekali gus mencapai tahap Imunisasi Kelompok atau ‘herd immunity’ menjelaskan akhir tahun ini.

Mohd Redzuan berkata, langkah berkenaan penting kerana masih ramai penduduk di luar bandar, pedalaman dan kampung yang tidak mempunyai kemudahan internet dan aplikasi tertentu seperti MySejahtera untuk mendapatkan diri sebagai penerima suntikan vaksin COVID-19.

Malah, Mohd Redzuan berkata kajian menunjukkan bahawa hanya 68 peratus daripada penduduk Malaysia bersetuju untuk menerima vaksin COVID-19, manakala 16 peratus lagi enggan berbuat demikian.

“Oleh itu kita akan gerakan anggota APM dan sukarelawan ABC-19 supaya bekerjasama dengan pemimpin setempat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Rukun Tetangga (RT) yang akan bergerak secara sukarela bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imuniti Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Sebenarnya semua jenis vaksin COVID-19 yang bakal diberikan kepada rakyat Malaysia adalah selamat dan halal kerana sudah mendapat pengesahan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum diberikan kelulusan untuk kegunaan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Bencana Pusat (Khas) di Putrajaya hari ini.

Program ABC-19 bakal dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Isnin ini.

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan berkata kajian menunjukkan kebanyakan orang awam enggan mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin COVID-19 kerana mereka takut atau pun tidak tahu cara untuk berbuat demikian.

Berikutan itu, Redzuan berkata mesyuarat hari ini bersetuju bahawa Program ABC-19 menjadi serampang dua mata untuk melaksanakan kegiatan pemerkasaan komuniti dan pada masa sama CITF akan membantu menggalakkan orang awam mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin.

Beliau berkata sukarelawan ABC-19 dan CITF berkenaan juga akan bertindak sebagai badan bebas untuk memantau pergerakan Pesakit di Bawah Siasatan (PUI) dan Person Under Surveillance ( PUS) di seluruh negara pada masa depan.

Mohd Redzuan berkata semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah diminta mengaktifkan pusat kawalan operasi bencana (PKOB) yang akan bertindak sebagai ‘war room’ bagi melancarkan gerak gempur ABC-19 untuk mendaftarkan seramai mungkin penduduk di luar bandar, pedalaman dan kampung sebagai penerima suntikan vaksin COVID-19 sama menerusi aplikasi MySejahtera atau secara fizikal.

“Bagi tujuan pemantauan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan mengaktifkan Emergency Support Team (NEST) yang terdiri daripada pegawai pelbagai agensi yang akan digerakkan ke seluruh negara dalam masa terdekat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.