nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Zahid fail saman tuntut RM220j terhadap Malaysiakini

26 MAC: Bekas Timbakan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memfailkan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM220 juta terhadap laman portal berita Malaysiakini yang didakwa memfitnahnya berkaitan laporan sepanjang perbicaraan dihadapi beliau di mahkamah.

Writ saman difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Ahmad Zahid menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd sebagai defendan pertama manakala Ketua Editor Malaysiakini Gan Diong Keng sebagai defendan kedua.

AHMAD ZAHID

Difahamkan, dalam Penyata Tuntutan setebal 283 muka surat itu, Ahmad Zahid mendakwa Malaysiakini telah menyiarkan sebanyak 22 artikel berkaitan laporan-laporan sepanjang perbicaraan kes mahkamah dihadapi Zahid yang dikatakan memfitnahnya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga merupakan Presiden UMNO menuntut RM220 juta sebagai ganti rugi.

Pada 19 Mac lalu, pihak pendakwaan dalam perbicaraan Ahmad Zahid berhubung 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi menutup kes mereka selepas memanggil 99 orang saksi dalam tempoh 53 hari perbicaraan

Ahmad Zahid, 68, sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 dakwaan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Pada 21 Feb 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi selepas tiada bantahan daripada pihak pendakwaan.

Pendakwaan menutup kesnya selepas saksi ke-99, pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Khairudin Kilau, 44, selesai memberi keterangan.

Saksi itu mengaku inilah kali pertama dalam pengetahuannya, seorang ahli politik berdepan pertuduhan sebanyak Ahmad Zahid, selepas pertukaran kerajaan.

Terdahulu, pihak pembelaan menegaskan bahawa pertuduhan itu adalah bermotifkan politik.

Selepas pendakwaan menutup kes, Hakim Collin Lawrence Sequerah memerintahkan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan penghujahan bertulis sebelum 28 Mei, dan menetapkan 11 Jun sebagai tarikh mengemukakan jawapan balas.

Dia turut menetapkan tarikh 28 Jun hingga 2 Julai ini sebagai tarikh penghujahan lisan bagi kedua-dua pihak, sebelum memutuskan sama ada Ahmad Zahid dibebaskan daripada pertuduhan atau diperintahkan untuk membela diri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.