nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kepentingan rakyat perlu diutama banding agenda peribadi

3 APRIL: Semua parti politik mestilah meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai pertimbangan utamanya dan bukannya kepentingan peribadi atau kelompok kecil dalam menentukan hala tuju parti masing-masing. 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata apa saja perkara baik untuk rakyat dan negara, itulah yang sepatutnya menjadi prinsip perjuangan kepada mana-mana organisasi politik, termasuk MIC, dalam menentukan hala tuju parti pada masa hadapan.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata tindakan berkenaan perlu kerana tiada mana-mana pihak boleh mendakwa parti mereka paling dominan dan lebih berhak untuk memegang tampuk kuasa dengan memperkecilkan peranan parti lain.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata dalam era politik baharu ini, semua parti mempunyai peranan dan sumbangan yang sama penting untuk menjaga kebajikan rakyat dan memajukan negara.

“Itu politik lama. Kita sudah memasuki era baharu dalam politik negara. Kerana itu, kita perlu mengamalkan budaya politik yang berasaskan kepada persefahaman, perundingan dan konsensus dalam mencari jalan terbaik untuk memelihara kestabilan politik, membela nasib rakyat dan memacu kemajuan negara.

“Dalam apa saja hala tuju politik yang diambil oleh parti politik, pertimbangan utamanya mestilah kepentingan rakyat dan negara, bukan kepentingan individu atau kelompok kecil,”katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC Kebangsaan ke-74 secara maya, di Klang hari ini

Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran dan timbalannya, Datuk Seri M Saravanan turut menyaksikan ucapan khas itu bersama lebih 1,000 perwakilan MIC yang mengikutinya secara fizikal dan maya di seluruh negara.

Terdahulu, Muhyiddin menjelaskan pelantikan Datuk Seri S Saravanan sebagai salah seorang anggota Kabinet adalah sebagai tanda kerajaan PN terhadap sumbangan MIC dalam membantu memajukan taraf masyarakat India sama ada dari aspek pendidikan, ekonomi dan budaya sejak tujuh dekad lalu.

Berikutan itu Muhyiddin mengucapkan tahniah kepada MIC kerana sudah tujuh dekad bersama mengemudi kerajaan selama tujuh dekad. 

“Sumbangan MIC amat besar dalam memajukan masyarakat India baik dalam bidang pendidikan, ekonomi, sosial, budaya dan lain-lain, telah Berjaya meningkatkan taraf hidup masyarakat India di negara ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan dalam setiap kejayaan yang dicapai oleh masyarakat India, terdapat sumbangan MIC di sebaliknya.

“Oleh sebab itu, saya telah melantik wakil MIC dalam Kabinet saya iaitu Timbalan Presiden Datuk Seri M Saravanan. Pelantikan ini saya buat bukan atas dasar perwakilan daripada BN tetapi MIC yang mewakili masyarakat India untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Perikatan Nasional mengiktiraf peranan semua kaum,” katanya.

Pada masa sama, Muhyiddin juga mengucapkan terima kasih kepada MIC yang terus menyokong usaha kerajaan dalam mengurus pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Muhyiddin berkata sokongan MIC telah membolehkan kerajaan PN mengurus negara dengan baik sekalipun berhadapan dengan suatu krisis besar yang mengancam nyawa dan kehidupan rakyat.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada MIC yang terus memberikan sokongan kepada kerajaan PN. Ini satu tindakan rasional kerana dengan sokongan MIC, kerajaan PN dapat terus berfungsi dengan baik dalam mentadbir negara dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat, terutamanya dalam waktu sukar ini.

“Saya berharap sokongan MIC kepada PN, bukan saja pada masa ini, tetapi juga akan datang. Saya percaya sekiranya kita berada pada landasan sama, dalam saf sama, kita akan dapat bersama-sama menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara yang pastinya akan memberikan manfaat besar kepada semua rakyat tanpa mengira kaum,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.