nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dr Noor Hisham dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah

4 APRIL: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan Dalam Kesihatan Awam) sempena Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-48, semalam.

Ijazah berkenaan disampaikan Canselor UKM, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.

Dr Noor Hisham, berkata, penganugerahan itu disifatkan sebagai satu pengiktirafan kepada komitmen dan dedikasi pendidik di UKM dan semua petugas kesihatan.

“Merafak sembah menjunjung kasih menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Canselor UKM di atas limpah perkenan mengurniakan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada UKM dan Fakulti Perubatan UKM atas penganugerahan ini.

“Selaku alumni Fakulti Perubatan UKM pada 1988 dan 1994, saya turut berasa bangga melihat kejayaan diperoleh semua graduan menerima ijazah mereka pada majlis konvokesyen kali ini yang diadakan dalam suasana norma baharu,” katanya menerusi hantaran di Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, semalam.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada pakar bedah endokrin yang juga mentornya, Profesor Emeritus Dr Freda Andrea Meah atas ucapan tahniah disampaikan menerusi satu video.

“Saya tidak akan menjadi siapa saya pada hari ini jika bukan kerana bimbingan dan tunjuk ajar Profesor Freda Meah. Terima kasih diucapkan dan saya bersyukur atas peluang yang diberikan bagi meneruskan perjalanan hidup untuk berbakti serta membuat kebaikan kepada orang ramai. Insya-Allah,” katanya.

Video ucapan Dr Freda Andrea itu dimuat naik Dekan Fakulti Perubatan UKM, Profesor Dr Raja Affendi Raja Ali di laman Twitter beliau, semalam.

Dalam video berdurasi 45 saat itu, Dr Freda Andrea berkata, Dr Noor Hisham adalah pelatih pertama dibimbingnya bagi menjalani latihan pembedahan endokrin dan menjadi pakar bedah endokrin terbaik.

“Saya sangat bangga dengan beliau, saya ucapkan tahniah dan syabas dari lubuk hati saya kerana beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dan beliau sememangnya layak 100 peratus,” katanya.

Pada tahun lepas, Fakulti Perubatan UKM menganugerahkan Dr Noor Hisham dengan Alumni Tersohor 2019 di atas sumbangan besar beliau dalam bidang perubatan. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.