nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Geran RM35 juta galak PBT laksana bandar rendah karbon

7 APRIL : Sebanyak RM35 juta di bawah Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK) diperuntukkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi memberi galakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanakan inisiatif bandar rendah karbon berimpak tinggi.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata geran ini diharap dapat menjana peluang ekonomi setempat selain mengurangkan impak kepada alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Menurut beliau, KASA prihatin dan mengambil maklum mengenai kekangan dihadapi PBT dalam melaksanakan bandar rendah karbon dan diharapkan menerusi GeRAK dapat memangkin usaha mereka untuk turut serta dalam usaha melaksanakan inisiatif ini.

“Keutamaan akan diberikan kepada PBT yang sudah melaksanakan program bandar rendah karbon (LCCF) serta menyertai program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 di peringkat kategori Zon Rendah Karbon.

“PBT lain yang turut menunjukkan komitmen melalui penyediaan dasar, kolaborasi serta pelaksanaan inisiatif rendah karbon juga akan turut dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2020 dan Pelancaran GeRAK yang disiarkan secara maya melalui Facebook KASA, semalam.

Turut hadir sama, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad; Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Dr Zaini Ujang dan Ketua Pegawai Operasi Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC), Syed Ahmad Syed Mustaffa.

Sebanyak dua kategori penganugerahan disampaikan dalam acara itu termasuk Pengiktirafan Diamond kepada 14 Zon Rendah Karbon dan 20 Rakan Kongsi Rendah Karbon bagi mengiktiraf PBT dan organisasi yang berjaya mengurangkan kadar pelepasan karbon.

Provisional Certificate pula diberikan kepada satu Zon Rendah Karbon dan 21 Rakan Kongsi Rendah Karbon bagi mengiktiraf PBT dan organisasi yang membangunkan penanda aras serta merangka pelan tindakan rendah karbon.

Sementara itu, Tuan Ibrahim menerusi sidang media memaklumkan Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2020 anjuran MGTC ini dilaksanakan bagi mengiktiraf PBT yang aktif melaksanakan program bandar rendah karbon di bawah LCCF.

Menurut beliau, LCCF adalah rangka kerja pembangunan rendah karbon peringkat perbandaran yang dibangunkan pada 2011 untuk panduan PBT, universiti dan pihak berkepentingan.

Tambahnya, daripada 154 PBT di negara ini, 64 daripadanya sudah diberi pendedahan mengenai bandar rendah karbon melalui sesi latihan dan pembangunan kapasiti pegawai.

“Sebanyak 30 PBT aktif melaksanakan pelbagai inisiatif rendah karbon yang menyumbang kepada pengurangan gas rumah kaca.

“Jumlah keseluruhan pengurangan karbon yang direkod dari 2011 hingga tahun lalu melalui program Bandar Rendah Karbon ini ialah sebanyak 148,572.20 tan karbon setara (CO2e)

“Penyerapan karbon yang dicapai melalui inisiatif ini pula adalah sebanyak 43,682.75 tan karbon dioksida (CO2) bersamaan dengan 4.8 juta batang pokok,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.