nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemimpin Puteri UMNO gesa Zahid berundur

7 APRIL: Beberapa pemimpin Puteri UMNO, hari ini menyuarakan pandangan berhubung pemilihan parti itu, termasuk meminta Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur secara terhormat.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Simpang Renggam, Suzana Banoo Shaikh Shafiullah, berkata sokongan sama ada Ahmad Zahid menarik diri atau pemilihan UMNO perlu dilakukan segera.

“Menyokong agar Datuk Seri Zahid Hamidi menarik diri dengan cara terhormat daripada kepimpinan tertinggi ataupun membuat pemilihan dengan kadar segera supaya mendapat mandat penuh ahli UMNO untuk kepimpinan baharu,” katanya menerusi muat naik di Facebook.

SUZANA BANOO

Suzana Banoo berkata, rakyat mahu melihat kepimpinan UMNO baharu bagi mengetuai kerajaan dengan lebih relevan.

“Suara anak muda mahukan sebuah kerajaan dipimpin individu yang tidak mempunyai kepentingan peribadi semata-mata,” katanya.

Kenyataan itu menyusul selepas Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menyeru ahli parti bersuara dan bercakap benar mengenai luahan akar umbi serta rakyat berhubung calon Perdana Menteri daripada UMNO.

Pengerusi Tetap Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nur Ain A. Rahman pula berkata, individu yang memimpin harus bersedia dan berjiwa besar demi kekuatan serta masa depan parti terbabit.

Tegasnya, mahu atau tidak, ahli harus mengakui bahawa UMNO sudah tidak sekuat dahulu, malah sukar kembali ke keadaan itu.

“Rakyat menilai kemudi utama untuk menyokong perjuangan parti dan memilih parti pentadbir. Jiwa besar, pengorbanan besar demi sebuah masa depan perjuangan,” katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Puteri UMNO Johor, Adibah Safar secara berkias berkata untuk memilih pemimpin parti, individu berkenaan ‘biarlah elok akal dan perangai’.

“Pemimpin parti yang mahu dipilih biarlah elok akal dan perangai beliau,” katanya.

Onn Hafiz dalam seruannya itu, turut mengatakan calon Perdana Menteri yang ditawarkan UMNO akan menjadi penentu kepada kemenangan dan mandat bakal diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak.

Bagi mengetahui kehendak rakyat, katanya, ahli UMNO perlu bertanya kepada mereka yang terdekat mengenai calon Perdana Menteri benar-benar layak mewakili parti itu.

Kali terakhir pemilihan pucuk kepimpinan UMNO berlangsung pada 30 Jun 2018 dan tempoh itu akan tamat pada Jun depan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.