nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Menteri Kesihatan Austria letak jawatan penat urus COVID-19

14 APRIL: Menteri Kesihatan Austria, Rudolf Anschober, semalam mengumumkan peletakan jawatannya berikutan terlalu teruk bekerja dan kepenatan akibat menguruskan krisis COVID-19.

Anschober, 60, dilantik sebagai Menteri Kesihatan awal tahun lalu ketika parti Hijau membentuk gabungan ‘luar biasa’ dengan parti konservatif pimpinan Canselor Austria, Sebastian Kurz, sebelum pandemik itu mula merebak di Eropah.

“Saya memutuskan untuk meletak jawatan, saya sudah terlalu teruk bekerja dan sangat letih.

“Saya merasakan tugas saya selama 15 bulan sebagai Menteri Kesihatan seperti 15 tahun,” kata bekas wartawan itu.

Beliau turut mengingatkan penggantinya, Wolfgang Mueckstein bahawa perjalanan negara itu menangani pandemik terbabit masih jauh dan tidak boleh dipandang ringan.

“Krisis ini masih belum berakhir,” katanya yang mula sebak ketika memberi ucapan penghargaan kepada rakan Kabinetnya.

Dalam ucapannya itu, Anschober memaklumkan beliau mengalami masalah peredaran darah, selain tidak bekerja sejak minggu lalu dan pernah mengambil cuti selama seminggu pada awal Mac ketika dimasukkan ke hospital.

Populariti Anschober melonjak ketika krisis itu, malah melebihi pemimpinnya pada pertengahan tahun lalu apabila Austria berjaya mengawal pandemik gelombang pertama.

Negara memiliki penduduk hampir sembilan juta itu merekodkan lebih 581,000 kes dengan lebih 9,700 kematian, setakat ini.

Ibu negaranya, Vienna dan dua kawasan lain dikenakan perintah berkurung sejak awal bulan ini berikutan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) semakin berkurangan.

Pada 2012, Anschober yang juga ahli politik veteran dilaporkan mengambil cuti daripada politik selama tiga bulan akibat terlalu penat bekerja.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.