nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pendekatan ‘jawi mudah’ dapat galak minat masyarakat

14 APRIL: Konsep pengenalan jawi yang lebih mudah difahami dan dipelajari perlu diterapkan dalam pembelajarannya, bagi memastikan sistem tulisan itu diterima serta dikuasai semua lapisan masyarakat.

Pensyarah Jabatan Sosio Budaya dan Kesenian Melayu, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata bagi menerapkan konsep itu, pendekatan usaha dan formula paling sesuai harus dikenal pasti.

Katanya, pendekatan itu, bukan sahaja mampu mempopularkan sistem tulisan terbabit dalam kalangan masyarakat tempatan, tetapi juga dapat menarik minat masyarakat negara luar untuk mempelajarinya serta meletakkan jawi di kedudukan tinggi kembali seperti sejarah lalu.

AWANG AZMAN

Menerusi perkembangan teknologi dan ilmu pedagogi baharu yang diaplikasikan masyarakat kini, katanya, pasti ada kaedah boleh dikenal pasti.

“Sistem pendidikan kita sememangnya sudah diterapkan dengan pengenalan kepada jawi, tetapi dalam keadaan nilai ekonomi jawi sudah terhakis akibat pengenalan kepada sistem tulisan rumi, ini adalah satu cabaran besar untuk mengembangkannya.

“Justeru, bagi memastikan jawi dapat diterima pelbagai kaum dan lapisan masyarakat kini, konsep pengenalannya harus lebih mudah, selain kaedah pembelajarannya diperluaskan,” katanya ketika dihubungi PN BBC.

Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin supaya institusi utama kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan masing-masing, bagi mempromosi aspek budaya dan warisan melalui aksara Jawi supaya Malaysia tidak hilang identiti sebagai sebuah negara bangsa.

Awang Azman berkata, bagi meletakkan jawi sepenuhnya tanpa penerangan dalam rumi pada peringkat awal usaha mempromosikannya, barangkali boleh menjejaskan atau menyukarkan individu yang tidak boleh membacanya.

Katanya, disebabkan itu, pengenalan kepada sistem tulisan terbabit boleh dimasyarakatkan untuk mempromosikannya, iaitu sebagai contoh pemakaian tag nama dalam sektor awam dieja secara dwi, iaitu rumi dan jawi bagi memudahkan orang ramai mempelajarinya.

“Kita perkenalkan konsep dwi dulu dalam penulisan sesuatu perkara dan kawasan, termasuk di muzium serta masjid.

“Kita juga kena galakkan sekstor awam, sektor korporat dan individu menggunapakai sesuatu bagi mempromosikan jawi, sekali gus menarik minat masyarakat terhadap sistem tulisan ini,” katanya.

Ditanya mengapa tulisan warisan Melayu itu semakin tidak dikuasai dan dipratikkan masyarakat kini, terutama generasi muda, Awang Azman berkata, perkara berkenaan disebabkan nilai komersial serta nilai ekonomi sudah tidak dilihat pada jawi, selepas sistem tulisan berubah kepada rumi

Keadaan itu, katanya, semakin teruk apabila usaha pihak tertentu yang cuba mempertahankan jawi melalui keluaran akhbar khas, tidak diteruskan kini.

Situasi itu, jelasnya, dapat dilihat apabila daripada penerbitan akhbar jawi secara harian diubah kepada mingguan sebelum dipindah ke bentuk digital dan sudah seolah-olah dilupakan.

“Sebenarnya begini, mana-mana sistem tulisan atau bahasa jika status ruang kedudukannya ditarik nilai akan menyebabkan bahaya kepupusan atau keterancaman, termasuk membabitkan jawi,” katanya.

Mengulas mengenai kerugian dialami masyarakat dan individu, terutama generasi baharu sekiranya tidak menguasai jawi, Awang Azman berkata, perkara itu satu kehilangan besar kepada identiti sebuah kebudayaan negara.

Jawi di Malaysia, katanya, lebih dianggap satu bentuk warisan budaya masyarakat Melayu awal asalnya dan mereka menjadi komuniti celik akibat pengenalan kepada sistem tulisan itu sehingga turun temurun.

Penggunaan jawi pada masa itu, katanya, sangat meluas sehingga selepas kemerdekaan, malah selepas tahun 1950-an, sistem tulisan berkenaan semakin mendapat tempat dan berada pada puncaknya,

“Namun, selepas jawi ini digantikan dengan rumi, maka berlaku proses penurunan daripada kepentingannya kepada masyarakat melayu itu sendiri.

“Jika terus tidak dikuasai, jawi akan semakin pupus dan akhirnya kita hanya mampu melihat sistem tulisan ini dipaparkan di muzium dan kita tidak boleh buat apa-apa pun atau tanpa boleh membacanya,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.