nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKP di tujuh jajahan dan daerah di Kelantan

14 APRIL: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di tujuh jajahan dan daerah di Kelantan selama 14 hari, mulai 16 April 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, berkata PKP itu membabitkan tujuh jajahan dan daerah di Kelantan, iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat serta Tanah Merah.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di Kelantan dalam tempoh 14 hari, iaitu daripada 756 kes kepada 1,088 kes di kesemua jajahan itu yang kini berada di dalam Zon Merah.

ISMAIL

“Terdapat juga sembilan kluster baharu dilaporkan dalam tempoh sama dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM serta selepas perbincangan dengan kerajaan negeri Kelantan, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di tujuh jajahan dan daerah di Kelantan seperti dinyatakan bermula 16 April hingga 29 April 2021.

“PKP ini bagi memastikan pergerakan penduduk di lokaliti terbabit dapat dikawal untuk mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 ke kawasan lain,” katanya pada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tanjung Batu Keramat, Kota Belud, Sabah selama 14 hari, bermula esok.

Sehingga semalam, katanya, KKM mengesahkan sebanyak 17 kes positif direkodkan hasil daripada 25 ujian saringan ke atas penduduk di lokaliti berkenaan.

Pada masa sama, katanya, KKM memaklumkan berlaku peningkatan kes di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi dan masih terdapat empat sampel ujian sedang menunggu keputusan.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Tanjung Batu Keramat, Kota Belud, Sabah berkuat kuasa 15 April sehingga 28 April 2021.

“PKPD ini adalah bagi memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes disyaki COVID-19 dan kontak rapat supaya dapat diasingkan secepat mungkin, selain menyekat penularan jangkitan dari kawasan berisiko ke kawasan lain luar di lokaliti tersebut,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, PKPD turut dilaksanakan di Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi di Muadzam Shah, Rompin, Pahang selama dua minggu, mulai esok.

Jelasnya, sehingga KKM melaksanakan 39 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 25 kes positif COVID-19 direkodkan.

Menurut KKM, berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh seminggu dan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi di ketiga-tiga lokaliti itu.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi di Muadzam Shah, Rompin, Pahang berkuat kuasa 15 April sehingga 28 April 2021.

“PKPD adalah bagi memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes disyaki COVID-19 dan kontak rapat supaya dapat diasingkan secepat mungkin, selain menyekat penularan jangkitan dari kawasan berisiko ke kawasan lain luar di lokaliti tersebut,” katanya. –  Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.