nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rebah main bola, pelajar maut di UK selamat dikebumi

14 APRIL: Jenazah pelajar Malaysia Muhammad Hafidz Abdullah yang meninggal dunia di United Kingdom (UK), selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Senawang di Negeri Sembilan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Sebelum itu, jenazahnya yang tiba dari UK dibawa ke Masjid Negeri di Seremban kira-kira pukul 7 malam untuk disembahyangkan dan kemudian dibawa ke tanah perkuburan sekitar 8.40 malam untuk dikebumikan di kampung halaman isterinya, Nazihahwati Mohiddin, 36.

Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan itu dengan kehadiran lebih 50 ahli keluarga.

Muhammad Hafidz, 36, penuntut tahun kedua pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di University of Sheffield, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11.35 pagi pada 8 April lalu selepas isterinya membuat keputusan membenarkan pihak hospital Northern General Hospital di Sheffield mematikan alat bantuan pernafasan atas nasihat pasukan perubatan.

Kakitangan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang menerima tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyambung pengajian itu, dilaporkan tiba-tiba pengsan semasa bermain bola di Pusat Sukan Goodwin di Sheffield pada 4 April lalu dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan ketika rawatan.

Sementara itu, bapa Muhammad Hafidz, Abdullah Kasim, 65, mengakui sangat sedih dan terkejut, selain menyifatkan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat keluarga.

Katanya, dia dan keluarga bercadang menziarahi Muhammad Hafidz sebaik mengetahui keadaan kesihatan anaknya itu semakin merosot, namun terpaksa menangguhkannya kerana kekangan susulan penularan pandemik Covid-19.

“Kami tunggu keadaannya makin pulih tetapi tak sempat kerana dia pergi dulu, dia anak yang baik, kami reda dengan pemergiannya.

“Kali terakhir kami bersua muka sebelum dia ke UK pada September 2019 dan ketika dia berada di sana pun setiap hari dia telefon kami untuk bertanya khabar serta kali terakhir kami berkomunikasi adalah sehari sebelum arwah pengsan.

“Apapun, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana membantu urusan membawa pulang jenazah Muhammad Hafidz,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.