nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

‘Saya bukan menteri pemberi idea ICERD’

14 APRIL: Dakwaan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook menyatakan  meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) merupakan idea Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Datuk Saifuddin Abdullah adalah tidak benar sama sekali.

Perkara itu ditegaskan Saifuddin menerusi laman twitter milknya bahawa beliau bukan menteri yang bertanggungjawab meratifikasi ICERD ketika Pakatan Harapan (PH).

Namun beliau mengakui ICERD terkandung di dalam manifesto PH dan pernah diucapkan perdana menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2018.

“Meratifikasi International Conventions on Human Rights ada dalam Manifesto PH, dan ada dalam ucapan PM (Perdana Menteri) di PBB (2018), tapi saya bukan menteri tentang ICERD,” katanya menerusi ciapan twitter rasminya, malam tadi.

Beliau berkata demikian, sebagai mengulas dakwaan Anthony Loke yang mendakwa, bahawa idea untuk meratifikasi ICERD dan Statut Rom merupakan idea Saifuddin dan bukannya idea DAP.

Menurut Anthony Loke, isu itu dijuarai oleh Saifuddin selaku Menteri Luar pentadbiran Pakatan Harapan.

Sementara itu, menerusi ciapan sama,  Saifuddin berkata, keputusan meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan kemudian membatalkannya telah diputuskan dalam Kabinet.

“Kedua-dua keputusan tentang meratifikasi dan lepas itu membatalkan Rom Statut, dibuat di Kabinet  dan saya menteri bertanggungjawab,” katanya.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir 5 April 2019 mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat.

Beliau turut menegaskan bahawa keputusan itu dibuat bukan disebabkan statut itu membahayakan negara.

Tun Mahathir berkata, Malaysia, yang menandatangani Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC pada 4 Mac 2019, dan menyerahkan surat cara berkenaan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari yang sama, boleh menarik balik surat cara itu sebelum Jun.

Setiausaha Agung PBB, bertindak atas kapasitinya sebagai depositori, memaklumkan bahawa penarikan diri Malaysia daripada instrumen itu berkuat kuasa pada 29 April 2019. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.