nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD Sekolah Agama, Maahad Tahfiz di Johor dan Kelantan

22 APRIL: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Johor Bahru, Johor selama 14 hari, bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan itu disebabkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan, berlaku peningkatan secara mendadak kes COVID-19 di lokaliti itu.

Katanya, sehingga kini, daripada 228 ujian saringan dijalankan KKM, sebanyak 13 kes positif direkodkan.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di SMKA Johor Bahru, Johor bermula 23 April sehingga 6 Mei 2021.

“PKPD ini bagi memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terbabit dan seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti luar,”katanya dalam kenyataan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Ismail Sabri berkata, PKPD turut dilaksanakan di Maahad Tahfiz Al-Quran, Al-Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan selama dua minggu kerana berlaku kenaikan mendadak selepas 28 kes positif direkodkan daripada 46 ujian saringan dijalankan KKM.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Maahad Tahfiz Al-Quran, Al-Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan bermula 23 April sehingga 6 Mei 2021.

“PKPD ini bagi memudahkan KKM membuat tindakan pengawalan jangkitan dan seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti luar,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak tujuh lokaliti, masing-masing empat di Sabah dan tiga di Pahang yang sebelum ini dikenakan PKPD akan ditamatkan esok.

Tiga lokaliti di Sabah itu, katanya, adalah di Sandakan, iaitu Institut Latihan Perindustrian (ILP), Taman Permata dan Taman Seri Labuk.

KKM setakat ini, katanya, menjalankan 142 ujian saringan di ILP dengan lapan kes positif direkodkan dan 142 ujian saringan yang dijalankan di Taman Permata, menunjukkan 13 positif, manakala 120 ujian saringan di Taman Seri Labuk, menyaksikan 6 positif.

“Jumlah kes menunjukkan penurunan dan kluster adalah terkawal di ketiga-tiga lokaliti ini, seperti disahkan KKM.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD ILP, Taman Permata dan Taman Seri Labuk di Sandakan, Sabah pada 23 April 2021, seperti dijadualkan,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, satu lokaliti di Sabah yang ditamatkan PKPD itu adalah Kampung Gayang, Tuaran.

Dalam tempoh 14 hari dikenakan PKPD, katanya, KKM menjalankan 1,425 ujian saringan dengan 36 kes positif direkodkan.

Malah, KKM mengesahkan kes menurun dan tiada lagi sampel ujian menunggu keputusan.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD Kampung Gayang, Tuaran, Sabah pada 23 April 2021, seperti dijadualkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, penamatan PKPD dilaksanakan di Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi di Rompin, Pahang.

Jelasnya, sehingga kini, KKM menjalankan 312 ujian saringan dan 29 daripadanya positif.

Ketika ini, KKM mengesahkan tiada sampel ujian menunggu keputusan dan kes terakhir dilaporkan adalah pada 15 April 2021, iaitu enam kes.

“Semua kontak sudah dikenal pasti dan diasingkan, manakala semua penduduk dalam kawasan Ladang Leepang serta Ladang Laukin disaring dan negatif.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi, Rompin, Pahang pada 23 April 2021 lima hari lebih awal daripada dijadualkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, semalam 200 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan daripada jumlah itu, seramai 198 individu dikompaun, manakala dua direman.

“Kesalahan paling tinggi direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka, iaitu sebanyak 53, gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis (46) serta tiada penjarakan fizikal (44).

“Aktiviti pusat hiburan mencatatkan 28 kesalahan , manakala lain-lain (29),” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.