nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKP hanya libat lokaliti, daerah terjejas

23 APRIL : Kerajaan masih tidak bercadang untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh seperti sebelum ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanan PKP hanya akan melibatkan lokaliti dan daerah tertentu sahaja.

“Kalau ada kes yang tinggi di kawasan tertentu, kita akan tutup ikut lokaliti dan daerah tertentu sama ada lokaliti itu adalah sekolah mahupun taman.

“Lebih besar adalah daerah, jadi setakat ini kita menggunakan konsep itu iaitu secara tertumpu kepada satu-satu kawasan,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menegaskan hanya Kementerian Pendidikan (KPM) sahaja yang boleh membuat sebarang arahan berkenaan langkah untuk menutup operasi sekolah di seluruh negara ekoran peningkatan drastik kes positif COVID-19.

Beliau berkata, ia akan bersandarkan kepada nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Di negeri-negeri tertentu, kalau ingin membuat tindakan samada tutup, buka atau tutup semua perlu bincang dengan KKM dan KPM.

“Saya harap negeri tidak mengambil keputusan sendiri untuk membuat keputusan tutup dan buka sekolah. Ini kerana ia di bawah KPM, kita tahu kebimbangan ibu bapa dan negeri tapi lebih baik bincang dan mendapatkan nasihat daripada KKM,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan kepada individu yang didapati bersalah melanggar larangan rentas negeri, Ismail Sabri memaklumkan, hanya pihak polis yang boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana pesalah terbabit.

“Saya harap semua patuh kepada SOP, kalau tidak nanti yang akan terjejas adalah diri sendiri kerana tindakan pastinya akan diambil oleh pihak polis.

“Timbalan Ketua Polis Negara sudah memberikan amaran tersebut dan telah mengeluarkan apa syarat-syarat untuk setiap rentas negeri bagi individu yang ingin merentas negeri,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.