nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Shahidan hormati keputusan Presiden UMNO

25 APRIL: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menghormati keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang melantik  Datuk Seri Azlan Man bagi menggantikannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.

Shahidan berkata, melantik pengerusi adalah hak penuh presiden dan beliau tidak mempunyai masalah sekiranya Ahmad Zahid mahu melantik sesiapa pun menggantikannya.

“Saya belum menerima sebarang kenyataan atau surat rasmi daripada presiden, cuma dengar dan tengok kenyataan yang ditularkan kepada media mengenai pertukaran pengerusi perhubungan negeri Perlis.

“Apa pun saya berterima kasih kepada presiden kerana memberi kepercayaan kepada saya selama ini dan saya akan terus meletakkan matlamat 100 peratus menang di Perlis pada pilihan raya umum akan datang,” katanya menerusi  sidang media malam tadi. 

Mengulas lanjut, Shahidan memaklumkan, sepatutnya Ketua Bahagian UMNO Padang Besar, Datuk Zahidi Zanul Abidin diberi peluang menggantikan beliau kerana UMNO di kawasan tersebut telah memenangi kesemua lima kerusi di Parlimen Padang Besar.

Tambah beliau, apa pun pendirian Presiden UMNO, program kebajikan bulan Ramadan akan tetap diteruskannya seperti yang dijadualkan bagi memastikan masyarakat  menerima bantuan di Perlis.

Dalam pada itu, Shahidan akan berhubung dengan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk mendapatkan kepastian mengenai penggugurannya.

“Kalau benar esok (hari ini) saya tak perlu hadir Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam esok (hari ini),” katanya. 

Sementara itu, selepas digugurkan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Shahidan mahu pihak dalam parti yang mahu bekerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar ibrahim juga diambil tindakan.

Menurutnya, Jawatankuasa Disiplin UMNO perlu melakukan siasatan mengenainya bagi menjaga keharmonian dalam parti.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC)  mendakwa tidak melanggar sebarang keputusan parti kerana UMNO sememangnya memutuskan agar bekerjasama dengan Perikatan Nasional sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

“Kalau saya ada salah, saya mesti diambil tindakan disiplin oleh partilah contohnya dalam pilihan raya saya menyokong parti lain.

“Tetapi apa dia keputusan parti? ia ialah No Anwar, No DAP dan terbaru No BERSATU tetapi ini ketika pilihan raya nanti.

“Jawatankuasa Disiplin tidak boleh berdiam diri jika ada yang melanggar parti iaitu No Anwar, No DAP, kita dapati ada surat yang ditulis oleh presiden kepada Agong yang disaksikan oleh Datuk Seri Najib.

“Saya terpaksa keluarkan balik kerana inilah yang melanggar keputusan parti,” katanya

Beliau juga menegaskan akan mendedahkan cubaan sesetengah pemimpin UMNO cuba bekerjasama dengan Anwar selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.