nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sidang Khas MKN Bakal Tentukan SOP Aidilfitri

30 APRIL: Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan bermesyuarat Isnin ini bagi menentukan prosedur operasi standard (SOP) sambutan Aidilfitri. 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata SOP bakal dikeluarkan itu adalah berdasarkan cadangan dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM). 

“Petang ini Jawatankuasa Teknikal akan berbincang kemudian dibentangkan dalam Sidang Khas MKN Isnin nanti yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

ISMAIL SABRI

“Kita akan mendengar pembentangan daripada KKM, terutama mengenai apa nasihat akan diberikan sebab SOP yang dikeluarkan berdasarkan nasihat Kementerian itu,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian Program e-BAKAT di Rumah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kuala Lumpur, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Tengku Muhaini Almarhum Sultan Ahmad Shah; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz.

Selain itu, Pengerusi Human Resource Development Corporation (HRDCorp), Datuk Seri Jamil Salleh dan Pengerusi MGATE Emerging Tenhnologies Sdn Bhd, Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Berhubung persoalan sama ada SOP sambutan Aidilfitri bakal mengenakan sekatan rentas daerah memandangkan kes harian COVID-19 melonjak, Ismail Sabri berkata, perkara itu bergantung kepada cadangan dan nasihat KKM.

Katanya, ketika ini kes semakin meningkat dan Selangor mencatatkan lebih 1,000 kes, selain pertambahan di negeri lain, malah kes seluruh Malaysia pun melonjak daripada lebih 2,000 kepada lebih 3,000 kes.

“Saya difahamkan MKN Selangor pun mengadakan mesyuarat dan mereka dijangka membentangkan kepada kita mengenai situasi dan cadangan mereka. Jadi berkaitan SOP, saya percaya kita akan putuskan Isnin ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.