nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Abdul Hamid Tiada Hasrat Untuk Kekal Lebih Lama

2 MEI: Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan beliau tidak berhasrat kekal memegang jawatan Ketua Polis Negara (KPN) lebih lama kerana setiap yang bermula pasti berakhir.

Abdul Hamid akan menyerahkan tugas Ketua Polis Negara secara rasmi kepada penggantinya Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, pada Isnin ini.

Abdul Hamid berkata beliau berasa terkilan kerana tidak sempat melakukan lawatan rasmi ke Sabah dan Sarawak bagi menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi pasukan polis di negeri berkenaan biarpun selepas dua tahun memegang jawatan KPN.

“Tiada apa yang hendak saya sesali tapi hasrat saya adalah untuk ke sana (Sabah dan Sarawak) kerana di sana begitu banyak isu yang tidak dapat diselesaikan antaranya kes perjudian dan persempadanan negara.

“Saya tidak dapat pergi ke Sabah dan Sarawak sebab COVID-19 ini, banyak isu di Sarawak tapi saya mohon maaflah sebab sekiranya saya pergi (perlu) dengan kuarantin dan macam-macam…,” katanya dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata beliau berharap penggantinya dapat melakukan perubahan drastik bagi menangani pelbagai isu berkaitan integriti, penyeludupan, perjudian dalam talian dan maksiat yang dikatakan banyak berlaku di Sabah dan Sarawak.

Memegang jawatan tertinggi pasukan keselamatan negara pada 4 Mei 2019, Abdul Hamid akan menamatkan kontrak perkhidmatan beliau pada 3 Mei 2021.

Sebagai KPN ke-12, Abdul Hamid melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya untuk membersihkan maruah pasukan itu dengan memerangi habis-habisan rasuah dalam pasukan polis.

Tidak kira anggota, pegawai, pegawai kanan mahupun pegawai kanan tinggi dalam pasukan pasti tidak akan terlepas daripada diambil tindakan baik secara dalaman atau dihadapkan ke muka pengadilan jika didapati terbabit dalam rasuah, salah laku dan bersekongkol dengan pesalah jenayah.

“Pedih rasa dalam hati saya apabila melihat seorang demi seorang anak buah saya dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Abdul Hamid juga dikenali lantang bersuara menegur warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mendedahkan kes-kes anggota dan pegawai yang terlibat masalah integriti, salah guna kuasa dan salah laku serta lain-lain kes jenayah lagi.

Kelantangan dalam mendedahkan pelbagai kartel dalam pasukan bagaimanapun mendapat kritikan dan kecaman daripada pelbagai pihak termasuk warga PDRM sendiri dan ahli politik yang kurang senang dengan tindakannya dan menyifatkannya sebagai membuka pekung di dada.

Antara kejayaan besar polis di bawah kepimpinan Abdul Hamid ialah mematahkan cubaan penyeludupan dan pengedaran dadah di Pulau Pinang dengan nilai rampasan terbesar RM2.4 bilion, menggempur sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang turut membongkar penglibatan anggota dan pegawai PDRM sendiri.

Berikutan itu, seramai 31 warga PDRM yang dikenal pasti bersekongkol dengan sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian itu diambil tindakan, antaranya akan dibuang kerja, penurunan pangkat atau memindahkan mereka ke jawatan tidak sensitif dan lain-lain lagi yang difikirkan adil dan setimpal oleh Suruhanjaya Pasukan Polis.

Apapun bak kata Abdul Hamid, setiap yang bermula pasti akan berakhir dan Selasa ini, tugas, amanah serta tanggungjawab itu akan digalas oleh Acryl Sani sebagai KPN ke-13 untuk terus meningkatkan integriti dan maruah pasukan Sang Saka Biru.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.