nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia Catat Kematian Tertinggi 2 Hari Berturut-turut

3 MEI: Malaysia mencatat 23 kes kematian baharu akibat COVID-19, yang tertinggi bagi tempoh dua hari berturut-turut yang menjadikan jumlah kumulatif kematian negara setakat ini ialah 1,574 kes. 

Lebih membimbangkan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu COVID-19 hari ini turut dilaporkan mencatatkan peningkatan ke 3,120 kes. 

Menurut beliau, daripada jumlah itu, ia membabitkan 3,114 kes tempatan dan enam kes import menjadikan jumlah kes kumulatif jangkitan dalam negara kini sebanyak 420,632 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 675 kes dan daripada jumlah ini, sebanyak 493 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. 

“Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 620 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 408 kes. Sebanyak 70 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di pusat tahanan iaitu Kluster Pagar Sri Lalang (57 kes), Kluster Jalan Meru Utama (11 kes), dan Kluster Pagar Siput Dua (2 kes).

“Terdapat 23 kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing enam kes di Kelantan dan Selangor, empat kes di Sarawak, masing-masing dua kes di Johor dan Sabah, serta masing-masing satu kes di Kedah, Perak, dan Melaka dan kesemua kes kematian melibatkan warganegara,” katanya menerusi menerusi kenyataan rasmi berkenaan perkembangan laporan harian COVID-19, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham memberitahu jumlah kes sembuh baharu dilaporkan sebanyak 2,334 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh akibat pandemik itu melonjak kepada 387,542 atau 92.1 peratus daripada keseluruhan kes.

“Jumlah kes yang berada di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini pula adalah seramai 338 orang termasuk dan 181 yang memerlukan bantuan pernafasan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes aktif sebanyak 31, 516 atau bersamaan 7.49 peratus” katanya. 

Sementara itu, Noor Hisham memberitahu terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini melibatkan tujuh kluster komuniti, lima kluster tempat kerja, empat sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan KPM, dan satu kluster keagamaan.

Tambah beliau, lima daripada kluster baharu tersebut berada di Johor iaitu Tangkis Selatan, Jalan Surian, Persiaran Medini Sentral, Jalan Ungku Abdul Aziz dan 

Taman Sri Lambak manakala di Sarawak mempunyai dua kluster baharu iaitu Bungey dan Batu 25.

“Selain Itu, selebihnya adalah di Batu 30,  Kelantan; Jerai Maju,  Kedah; Layangan Labuan , Labuan; dan Taming Jaya, Selangor; Jalan Kweng Hitam, Kelantan; Jalan Yahya 2, Kuala Lumpur; Jalan Besar Sungai Jawi , Pulau Pinang; Dah Kilometer Tujuh , Kedah ; Lubuk Katak, Perak dan D’Kuala di Sabah,”katanya.

Sementara itu, Noor Hisham berkata sebanyak 1301 kluster telah tamat termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini.

Beliau berkata, kluster tersebut adalah Kluster Jalan Murni Satu, Kluster Fasa Dua Semarak, Kluster Gong Kulim, Kluster Jalan Gemilang Sukan, Kluster Batu 22, Kluster DTI Juru, Kluster Lintang Bayan Lepas, Kluster Jalan Pelabuhan, Kluster Integrasi Rawang Tiga, dan Kluster Padang Hijau

“Jumlah kluster aktif kini adalah 405 kluster manakala bagi jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini 98 kluster.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Pagar Sri Lalang (57 kes), Kluster Putai (49 kes), dan Kluster Pintu Air Relau (33 kes), ” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.