nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rakyat sambut baik SOP Aidilfitri

5 MEI: Walaupun sedih tidak dapat pulang ke kampung meraikan Hari Raya Aidilfitri, orang ramai menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan ziarah raya dan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau di seluruh negara kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pekerja swasta, Noornafisah Saharuddin, 26, meluahkan kekecewanya apabila mengetahui tahun ini masih tidak dapat bertemu dengan ibu dan ayahnya di Sekincahan, Selangor. 

NOORNAFISAH

Noornafisah berkata, tambah sedih apabila empat adik-beradiknya menetap di negeri yang berlainan, sekali gus menyukarkan mereka untuk menjenguk ibu di kampung.

“Hari raya ini tak tahulah macam mana, tak boleh nak gambarkan perasaan kerana pagi hari raya tak dapat salam dan cium tangan mak dan ayah. 

“Saya empat adik-beradik tapi tak ada seorang pun yang duduk di Sekinchan, semuanya di Kuala Lumpur, dan Perak…jadi tak boleh nak rentas, tak boleh jumpa adik-beradik walaupun ziarah raya dibenarkan oleh kerajaan. 

“Setakat buat panggilan telefon kepada mak dan ayah memang takkan sama dengan bersua muka sebab dah dua tahun tak dapat beraya bersama-sama namun mungkin ada hikmahnya untuk kita bersama dalam membantu menurunkan wabak COVID-19,” katanya. 

Bagi Mohd Faizzuldin Abdul Rashid, 38, walaupun terkilan kerana sudah dua tahun tidak dapat pulang beraya bersama ibunya dan saudara di Kuantan, Pahang, namun dia masih bersyukur kerana ziarah raya masih dibenarkan. 

Menurutnya, walaupun amat merindui detik menyambut Aidilfitri bersama keluarga, namun keputusan kerajaan tersebut tetap dihargai apabila dibenarkan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di masjid. 

“Keputusan kerajaan semalam sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada orang ramai kerana tahun lepas kita hanya dibenarkan solat sunat Aidilfitri di rumah sahaja. Saya sudah pasti tidak akan lepaskan peluang bersama keluarga saya untuk solat sunat Aidilfitri di masjid tahun ini.

“Walaupun sedih tidak dapat melawat keluarga dan saudara saya di Kuantan, namun saya bersyukur kerana kerajaan masih membenarkan untuk ziarah raya. Dapat juga merasa suasana raya di rumah-rumah jiran terdekat walaupun tak dapat pulang ke kampung,” katanya. 

Dalam pada itu, seorang pekerja swasta, Aqil Syakir Abdullah, 23, pula berpandangan bahawa prosedur operasi standard (SOP) bagi Hari Raya Aidilfitri tahun ini tidak jauh bezanya dengan tahun lalu, di mana rakyat masih tidak dapat merasakan kemeriahan Aidilfitri sebelum pandemik COVID-19 berlaku.

“Kita juga akan melihat ramai keluarga akan melakukan solat sunat hari raya di rumah saja atas sebab saf penuh dan ingin menjaga diri dari wabak COVID-19.

AQIL SYAKIR

“Rentas daerah dan negeri juga tidak dibenarkan menyebabkan sesiapa yang tidak bersama keluarga akan berasa sedih kerana tidak dapat menyambutnya bersama,” katanya. 

Sementara itu, bagi kakitangan kerajaan, Siti Mariah Alias, 52, pula menyifatkan keputusan membenarkan ziarah raya dan solat sunat Aidilfitri dengan SOP yang ketat adalah wajar terutamanya ketika kes COVID-19 sedang meningkat sejak akhir-akhir ini.

Menurut beliau, ketetapan yang dibuat kerajaan sedikit sebanyak memberi kelegaan walaupun dirinya sendiri amat sedih kerana raya tahun ini masih tidak dapat menjenguk keluarga di Perak dan keluarga mertua di Sungai Besar, Selangor. 

“Perasaan sedih itu memang ada tapi keputusan yang dibuat adalah untuk kesihatan semua rakyat kerana kes pun dilihat sudah meningkat mendadak. Ini sebenarnya yang perlu kita risaukan. 

“Walaupun tak dapat balik beraya namun saya masih dapat ziarah dan sembahyang raya dengan anak-anak di rumah pada tahun ini walaupun terkilan sedikit kerana tahun ini anak yang kedua tidak dapat beraya bersama kerana menetap di Kuala Lumpur,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.