nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes COVID-19 terus meningkat, Selangor tertinggi 18 hari berturut-turut

8 MEI: Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus meningkat apabila sebanyak 4,519 kes dicatatkan hari ini, berbanding 4,498 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu menjadikan jumlah kes kumulatif COVID-19 di Malaysia setakat ini adalah 436,944.

Katanya, Selangor terus kekal mencatatkan kes empat angka untuk empat hari berturut-turut dan negeri tertinggi merekodkan kes baharu COVID-19 sejak 18 hari lalu.

“Jumlah kes COVID-19 di Malaysia ini membabitkan 3,964 warganegara dan 550 bukan warganegara,” katanya pada sidang media khas perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kelantan turut mencatatkan kes baharu yang tinggi dengan 557 kes, diikuti Sarawak (479), Kelantan (373), Pulau Pinang (363), Johor (288), Kedah (183), Perak (108) dan Melaka (100).

“Pahang pula mencatatkan 99 kes, Negeri Sembilan (98), Terengganu (71), Sabah (63) dan Putrajaya (12).

“Hanya dua negeri mencatatkan satu angka, iaitu Labuan dengan dua kes dan Perlis (1),” katanya.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 393 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 210 daripada jumlah itu memerlukan bantuan pernafasan.

“Kematian baharu adalah 25 orang, membabitkan 24 warganegara dan seorang bukan warganegara, sekali gus menjadikan kumulatif kematian di negara ini adalah 1,657,” katanya.

Beliau berkata, lima kes kematian itu masing-masing dilaporkan di Kuala Lumpur dan Sarawak, manakala masing-masing empat kes kematian di Johor serta Selangor.

“Kes kematian turut dilaporkan di Kelantan dan Kedah, iaitu masing-masing dua kes, selain masing-masing 1 kes di Sabah, Perak serta Pulau Pinang,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.