nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan Tiada Cadangan Laksana PKP Seluruh Negara

8 MEI : Kerajaan masih tidak bercadang untuk melaksanakan satu lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara setakat ini, sebaliknya meneruskan perintah itu secara bersasar. 

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKP bersasar juga boleh dilakukan mengikut sistem Hotspots Identification for Dynamic Engangement (HIDE) yang boleh menunjukkan kawasan titik panas COVID-19 untuk dikenakan PKP. 

“Jika ada kawasan titik panas, kita akan buat PKP tetapi mengikut kepada kampung, mukim atau daerah yang mempunyai kes penularan yang banyak dengan skala paling kecil ialah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), namun ia masih secara bersasar setakat ini.

“Bagaimanapun, macam-macam kemungkinan boleh berlaku kerana mengikut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika tiada intervensi daripada kerajaan, kes boleh sampai sehingga lebih 5,000 selepas raya dan boleh meningkat sehingga 10,000 kes pada Julai dan Ogos,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pembukaan laluan jambatan “Compact Bailey 100′ Kampung Sungai Putat di Jerantut, Pahang, yang turut dihadiri Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Panglima Medan Barat Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Beliau ditanya jika kerajaan berhasrat melaksanakan PKP secara menyeluruh memandangkan peningkatan kes baharu yang tinggi sejak kebelakangan ini dengan 4,498 kes semalam, selain kebimbangan masyarakat jika PKP menyeluruh dikenakan pada saat-saat akhir sebelum Aidilfitri minggu depan.

Mengulas lebih lanjut, Ismail Sabri berkata Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) pagi ini, juga membincangkan kemungkinan PKP pada hari raya, dengan keputusannya dijangka diumumkan pada petang ini atau selewat-lewatnya esok bagi memberi rakyat membuat persediaan sebaiknya.

Ismail Sabri juga mengesahkan MKN Pahang telah membuat permohonan supaya daerah Kuantan diletakkan di bawah PKP mengambil kira peningkatan kes positif di beberapa lokaliti di daerah itu sejak akhir-akhir ini, namun ia juga belum diputuskan.

Sementara itu, mengulas mengenai pembinaan jambatan berkenaan, Ismail Sabri memberitahu pembinaannya dibuat selepas jambatan asal rosak akibat banjir teruk di Pahang awal tahun ini, menyebabkan ia ditutup sepenuhnya pada 24 Mac lalu.

“Keadaan itu menyukarkan hampir 1,000 penduduk Kampung Sungai Putat dan kawasan sekitar ke bandar dan ke sekolah yang terletak di Felda Padang Piol, Jerantut menyebabkan mereka mengambil inisiatif membaiki sendiri jambatan dengan menggunakan batang pokok kelapa.

“Bagaimanapun, jambatan itu dilihat tidak selamat menyebabkan Tentera Darat Malaysia (TDM) menggerakkan dua Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) untuk melaksanakan pemasangan jambatan Compact Bailey 100 sepanjang 24 meter dengan lebar lima meter yang berjaya disiapkan dalam tempoh 17 jam pada 28 April lalu,” katanya.

Kerja pemasangan jambatan yang boleh bertahan sehingga 20 tahun itu melibatkan dua pegawai dan 58 anggota RAJD dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dikoordinasikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Jambatan itu merupakan jambatan bailey ketiga dibina TDM di Pahang yang rosak akibat banjir, iaitu selepas di Kampung Lechar,Raub dan Kampung Belimbing, Maran selain sebuah di Kampung Belum Baru, Lenggong, Perak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.