nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dakwaan Mahathir dipelawa sertai BERSATU hanya cerita rekaan

10 MEI : Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed, bahawa beliau menerima tawaran dan ajakan untuk kembali ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) disifatkan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, hanya sebagai  satu cerita rekaan sahaja.

Katanya, beliau setakat ini juga tidak pernah mendengar terdapat pemimpin parti itu, bersetuju menyertai Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sekiranya ditawarkan jumlah habuan tertentu, seperti yang didakwa Tun Mahathir.

“Saya tak pernah dengar kedua-dua isu (dakwaan) ini dalam BERSATU, jadi saya rasa cerita begini sengaja dibuat untuk menarik perhatian orang kepada sebuah parti serpihan yang tidak berjaya menarik perhatian sesiapa setakat ini.

“Pandangan saya, kalau PEJUANG benar-benar nak berjuang, maka berjuanglah dengan agenda unik, tak payahlah asyik bercerita mengenai rumah lama sehingga nampak seolah-olah belum dapat ‘move on’ lagi.

“Apa kata kita sama-sama tumpukan tenaga untuk bantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jaga rakyat,” katanya ketika dihubung Portal PN BBC, hari ini.

Mahathir menerusi wawancaranya bersama sebuah media tempatan, memaklumkan beliau ditawarkan melalui broker BERSATU yang mengajaknya kembali kepada parti pimpinan Muhyiddin itu.

Ahli Parlimen Langkawi itu juga mengatakan, terdapat pemimpin BERSATU yang diajaknya menyertai PEJUANG bersetuju berbuat demikian, sekiranya diberikan RM70,000 seperti diterima ketika ini bersama parti kerajaan berkenaan.

Sementara itu, Wan Saiful berkata, beliau tertarik dengan pandangan Mahathir bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berkemungkinan tidak menyelesaikan masalah disebabkan banyak parti kecil bertanding.

“Maksudnya Tun Mahathir sendiri faham bahawa kewujudan parti kecil seperti PEJUANG hanya menambah perpecahan sahaja dan bukan penyelesaian kepada apa-apa masalah pun.

“Jadi ada baiknya kawan-kawan dalam PEJUANG fikir semula adakah mereka nak jadi penyebab kepada perpecahan seperti Tun Mahathir katakan,” soalnya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.