nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan ubah 2,800 janji temu suntikan vaksin

10 MEI: Kerajaan terpaksa menjadualkan semula 2,800 daripada 19,000 janji temu untuk mendapatkan suntikan vaksin AstraZaneca di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC) pada 15 dan 16 Mei ke satu tarikh lain bagi mengurangkan kesesakan dan risiko penularan wabak terbabit.

Menteri Penyelaras program vaksin Khairy Jamaluddin berkata hampir 19,000 janji temu vaksinasi telah ditetapkan pada dua hari tersebut adalah sejajar dengan kapasiti penuh PPV AZ WTC.

Bagaimanapun, Khairy berkata selepas mengambil kira peningkatan kes penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan, kementerian memutuskan untuk menunda tarikh janji temu berkenaan ke tarikh lain sebagai langkah berjaga-jaga.

Justeru, Khairy berkata JKJAV akan memaklumkan perkara itu kepada 2,800 individu berkenaan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan notifikasi aplikasi MySejahtera mulai esok.

“Bilangan ini akan dikurangkan kepada 8,100 janji temu sehari (16,200 untuk dua hari), atau penjadualan semula sebanyak 2,800 janji temu ke tarikh lain yang akan bermula daripada 17 Mei sehingga 23 Mei 2021.

“Perubahan tarikh ini akan dimaklumkan melalui pesanan ringkas (SMS) dan juga notifikasi di aplikasi MySejahtera yang akan dihantar bermula 11 Mei 2021,” katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata pihaknya berharap pengurangan itu membolehkan pihak berkuasa meningkatan lagi pemantauan penjarakan fizikal di WTC bagi mengurang risiko jangkitan COVID-19 di kawasan terbabit.

Khairy berkata CITF juga telah menambah bilangan dewan yang akan digunakan di PPV AZ, WTC di Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Ismail tidak akan lagi digunakan, bermula 15 Mei, sebaliknya, tiga dewan yang lebih luas akan dibuka, iaitu Dewan Merdeka, Dewan Tun Razak 3 dan Dewan Tun Razak 4.

Beliau berkata kerajaan memang mahu meningkatkan kapasiti penggunaan pusat pemberian vaksin (PPV) ke tahap optimum bagi mepercepatkan proses vaksinasi ke arah memastikan Malaysia mencapai tahap imuniti kelompok secepat mungkin.

Terdahulu, Khairy mengesahkan sehingga kini 19,718 rakyat Malaysia sudah menerima satu dos suntikan vaksin AZ sejak progam pengambilan pelalian secara sukarela diperkenalkan, sejak enam hari lalu.

“Sewaktu kita membuka tempahan untuk vaksin AstraZeneca, terdapat lebih kurang 60,000 orang yang telah memilih untuk meletakkan nama mereka di bawah senarai menunggu kerana ketiadaan slot lagi.

“Pada setiap hari, satu senarai menunggu kami akan keluarkan kepada Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca. Mereka yang ada dalam senarai menunggu ini akan diberikan notifikasi di MySejahtera bahawa mereka telah dimasukkan dalam senarai menunggu janji temu pada hari tersebut.

“Penerima vaksin dalam senarai menunggu ini, jika dipanggil, boleh lah menujukkan notifikasi MySejahtera kepada anggota keselamatan dalam perjalanan ke PPV di sekatan jalan raya,” katanya. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.