nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hamas isytihar sudah menang lawan Israel

20 MEI: Hamas mengisytiharkan kemenangan awal mereka menentang rejim Zionis dalam membela nasib penduduk Palestin sejak Genting Gaza dibedil Israel bermula 10 hari lalu.

“Rejim Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kalah besar dalam konfrontasi yang dicipta mereka,” lapor stesen TV, al-Mayadeen memetik kenyataan Timbalan Ketua Gerakan Hamas, Mousa Mohammed Abu Marzook pada Rabu.

Menurutnya, beliau juga menjangkakan gencatan senjata dapat dicapai dalam waktu terdekat.

“Saya rasa proses untuk melaksanakan tempoh bertenang akan berjalan lancar. Jika rejim Zionis berhenti melancarkan serangan ke atas Gaza, kami juga akan berbuat perkara sama.

“Provokatif melampau Israel di Baitulmaqdis dan Sheikh Jarrah telah menyebabkan Briged al-Qassam terpaksa campur tangan dalam konflik terbaharu itu,” tegasnya.

Jelasnya lagi, faktor lain yang mungkin akan menyebabkan rejim Tel Aviv akur dengan pelaksanaan gencatan senjata adalah ia berdepan serangan dari pelbagai arah.

Sejak minggu lalu, beberapa roket dilancarkan dari Labenon ke Israel malah gerakan popular di Yemen, Ansarullah juga berikrar untuk membantu Hamas menentang kekejaman rejim Zionis.

Sementara itu, Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) memuji tindakan nekad Hamas kerana berjuang secara habis-habisan dalam konflik terbaharu itu.

“Hari ini, kita menyaksikan kelahiran Palestin baharu yang bertempur dengan peluru berpandu dan Israel baharu yang sudah tewas serta semakin hilang taring juga telah muncul.

“Perjuangan di Palestin bukan hanya membabitkan Palestin menentang Israel. Tetapi, ia melambangkan simbol perjuangan Muslim menentang keangkuhan dunia,” kata Komander IRGC, Mejar Jeneral Hossein Salami ketika menyertai perhimpunan pro-Palestin di Dataran Imam Hossein di Teheran yang merujuk kepada Barat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.