nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis mungkin panggil KM Pulau Pinang kes sumbangan vaksin

24 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan akan memanggil Ketua Menteri, Chow Kon Yeow bagi merekodkan keterangan beliau berhubung tawaran sumbangan vaksin COVID-19 jenis Sinovac.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, sehingga kini, tujuh individu termasuk individu yang menulis surat tawaran vaksin tersebut telah dipanggil dan direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut. 

“Siasatan masih dijalankan dan kemungkinan kita memanggil Ketua Menteri atau pegawai di Pejabat Ketua Menteri untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan berhubung tawaran oleh seorang lelaki berhubung pemberian sumbangan vaksin COVID-19.

“Ketika diambil keterangan, lelaki yang ditahan itu mengaku memang dia yang menulis dan menandatangani surat tersebut selain mengaku dia merupakan wakil kepada syarikat tersebut. 

Namun, kita masih tiada bukti sahih kerana tiada surat lantikan daripada syarikat selain mengakui lantikan dirinya itu dibuat secara lisan,” katanya kepada media, hari ini. 

Dalam pada itu, Sahabudin memaklumkan, pihak polis juga sedang mendapatkan maklumat untuk mengesahkan samada syarikat tersebut benar membuat tawaran itu atau sebaliknya.

“Siasatan akan mengambil masa sedikit kerana syarikat tersebut berpangkalan di Hong Kong. Banyak perkara yang perlu kita perhalusi. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan 511 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, kerajaan negeri sekali lagi Selasa lalu meminta Kementerian Kesihatan (KKM) memberi kelulusan untuk Pulau Pinang menerima sumbangan dua juta dos vaksin COVID-19 selepas permohonan pertama mereka ditolak.

Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin keesokannya mengesahkan tawaran derma dua juta dos vaksin COVID-19 oleh syarikat berpangkalan di Hong Kong kepada Pulau Pinang adalah tawaran palsu dan syarikat berkenaan tidak wujud.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.