nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MATTA gesa kerajaan bantu pemulihan pelancongan

25 MEI: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), meminta kerajaan merangka garis panduan hala tuju pemulihan pelancongan negara, bagi membantu penggiat industri terbabit memperkasakan semula sector itu.

Setiausaha Agung Kehormat MATTA, Nigel Wong, berkata garis panduan itu juga akan membantu penggiat industri membuat rancangan dan persiapan strategik serta menyelaraskan usaha pemulihan mereka dengan kerajaan.

“Pemulihan dalam sektor pelancongan akan mengambil masa lama dan tidak akan pulih sepenuhnya sehingga kerajaan memulakan proses sehingga pintu sempadan domestik serta antarabangsa dibuka semula.

WONG

“Oleh itu, MATTA menggesa kerajaan merangka hala tuju pemulihan pelancongan,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Wong berkata, MATTA dan beberapa rakan kongsi utamanya, seperti Persatuan Hotel Malaysia dan Persatuan Konvensyen dan Penganjur Pameran Malaysia dan Pembekal akan terus bekerjasama serta menyokong Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dan agensi berkaitan.

Katanya, MATTA turut bersedia bekerjasama dengan jabatan kerajaan lain bagi memperkasakan semula industri pelancongan tempatan sebagai persiapan masa depan.

Beliau berkata,  pelancongan domestik memainkan peranan besar dalam mempertahankan industri pelancongan lokal, seperti kejayaan di beberapa negara di seluruh dunia.

“Industri sudah membuat persiapan yang signifikan bagi memastikan bahawa rakyat Malaysia dapat memulakan perjalanan dalam negeri dengan selamat dan untuk perniagaan dalam memulakan penganjuran acara dan persidangan sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berakhir,” katanya.

Mengulas lanjut, Wong berkata, penyelidikan Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati sebanyak 239 juta pelawat melancong di dalam negara pada tahun 2019, iaitu meningkat 8.1 peratus berbanding tahun 2018.

Jelasnya, pelawat domestik membelanjakan RM103.2 bilion pada tahun 2019 dengan kadar pertumbuhan tahunan 11.5 peratus.

Gelembung perjalanan domestik yang turut dilaksanakan di banyak negara di dunia, katanya, adalah mekanisme diwujudkan bagi menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) yang diperlukan kepada pelancong dan pengendali pelancongan.

“Tindakan mesti diambil terhadap penumpang atau pengendali jika didapati bersalah dengan sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

“Kami turut memuji keputusan kerajaan untuk tidak melaksanakan PKP penuh terhadap sektor ekonomi, memandangkan keseimbangan antara kehidupan dan ekonomi sangat penting supaya negara dapat pulih dalam pasca-pandemik COVID-19,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.